Barça akan memakai jersi bertuah biru-merah setelah diberi status sebagai tuan rumah untuk perlawanan akhir Liga Juara² minggu depan di Rom manakala Manchester United pula memilih jersi serba putih.
Anak buah Sir Alex Ferguson akan menyarung jersi away ke-3 mereka itu setelah jersi pilihan utama berwarna merah dan jersi ke-2 pula berwarna biru akan bertembung dengan jersi Blaugrana yang berwarna biru dan merah.
Barcelona pernah memakai jersi pilihan utama biru-merah semasa menentang Arsenal di Paris pada 2006 yang membawa tuah dan ketika itu Gunners memilih jersi kuning dan kelabu gelap.
Barça culés akan menonton penampilan ke 6 kelab kesayangan mereka di pentas akhir Eropah itu dari belakang pintu gol selatan di Stadium Olimpic di Rome.
4 ulasan:
Untuk rekod.
Manchester United dah 4 kali masuk final,3 sebelum ni semuanya menang.
Barcelona dah 6 kali,daripada 5,2 kali je menang..
huhu!
xpe.. tahun ni tahun bertuah Barca.. everything's going our way..
rajin jgak ko survey eh.. usha kat mane nami?
madrid 12 kali masuk final...9 kali menang..hahahhahaha!!!
Tu kemenangan terakhir Madrid la tu.. lepaih ni Barca menang straight 46 musim hehe
Catat Ulasan