Memaparkan catatan dengan label Jersi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jersi. Papar semua catatan

Khamis, Mei 21, 2009

Rasmi Jersi Baru Menentang Osasuna.

Minggu ini, pada perlawanan ke 37 Liga menentang Osasuna di Camp Nou, Barça akan mengenakan jersi baru yang akan dipakai pada musim depan, 2009/10.

Dan pada perlawanan 38 Liga iaitu perlawanan terakhir untuk kempen Liga musim ini menentang Deportivo di Riazor, jersi kedua pula akan diperkenalkan. Walaubagaimanapun, pada perlawanan akhir Liga Juara², jersi utama musim ini akan dipakai seperti yang disyaratkan oleh UEFA.



'Jersi utama untuk musim 2009/10 ini mempunyai lebih banyak jalur biru dan merah dan corak 'senyera' dikekalkan di belakang pada bahagian tengkuk. Di dalam pada bahagian tengkuk pula terdapat label jahitan 'mes que un club' yang membawa maksud 'lebih dari sebuah kelab' dan pada bahagian yang sama juga terdapat label kecil dengan perkataan 'Barça'. Butir-butir ini dikekalkan pada jersi kedua cuma warna jersi sahaja yang berbeza iaitu berwarna oren terang.

Gambar kedua-dua jersi baru ini telah pun tersebar meluas di internet beberapa hari yang lepas (seperti di sini) dan laporan dari Sport ini mengesahkan berita tentang jersi baru ini.

Sabtu, Mei 16, 2009

Jersi Baru Musim 2009/2010.

Sebuah laman web sukan FootballShirtCulture telah menyiarkan gambar jersi FC Barcelona untuk musim akan datang, 2009/2010. Jersi away berwarna fluorescent oren-kemerah-jambuan pernah tersebar di internet bulan Februari yang lepas. (Lihat di sini.)

Selasa, Februari 10, 2009

Jersi Away Barcelona Musim Depan.



Akhbar sukan El Mundo Deportivo melaporkan bahawa jersi away Barcelona untuk musim depan (jersi kedua dan ketiga) berwarna oren dan merah jambu. Namun, belum lagi ditetapkan yang mana satu jersi kedua dan ketiga.

Sebuah kedai barangan sukan di Jepun, Oka Football telah pun memperagakan jersi away baru berwarna oren.