Memaparkan catatan dengan label messi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label messi. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 23, 2010

Rekod Jaringan Messi

Jaringan hatrik Lionel Messi ketika menang ke atas Sevilla awal pagi Ahad lepas mencatatkan rekod baru jaringan peribadi beliau di Barcelona iaitu 130 jaringan menyamai jumlah jaringan Rivaldo dan Samuel Eto'o.

Dalam masa yang singkat, Messi telah menjaringan gol yang banyak ditambah dengan 6 hatrik yang mengagumkan dan 4 golnya yang membenam Arsenal di Liga Juara².

Tiada lagi pemain setakat ini yang mampu beri saingan kepada Messi dengan kehebatannya menjaringkan hatrik. Dalam tahun 2010 sahaja setakat ini dia telah menjaringkan 5 kali hatrik iaitu ketika menentang Tenerife, Valencia, Real Zaragoza, Arsenal dan terbaru Sevilla.

Penjaga gol Sevilla, Andrés Palop adalah mangsa utama Messi dengan 11 kali dibolosi (8 gol di La Liga dan 3 di Piala Super). Iker Casillas merupakan mangsa kedua iaitu dengan 7 kali dibolosi Messi.

Lionel Messi dan Txiki Begiristain berkongsi kedudukan dengan jumlah 5 jaringan di dalam Piala Super Sepanyol. Messi hanya perlukan satu gol lagi untuk menyamai rekod Hristo Stoichkov dengan 6 jaringan.

Tahun lepas, nama Messi tercatat di dalam senarai 10 penjaring terbanyak dalam sejarah Barcelona dan sekarang, namanya telah melonjak naik ke tangga ke 7.

  1. César Rodríguez Álvarez - 235
  2. Ladislao Kubala - 194
  3. Josep Samitier - 178
  4. Josep Escolà - 164
  5. Paulino Alcántara - 137
  6. Ángel Arocha - 134
  7. Rivaldo, Samuel Eto'o & Lionel Messi - 130
  8. Patrick Kluivert & Carles Rexach - 122
  9. Hristo Stoichkov - 117
  10. Eulogio Martínez - 111
  11. Luis Enrique - 109
Leo Messi telah pun mengatasi beberapa nama lagenda Barcelona seperti Stoichkov, Kluivert, Rexach, Eulogio Martínez dan Luis Enrique.

Isnin, Ogos 16, 2010

4 Pemain Barça Dalam Senarai Calon Anugerah UEFA


UEFA telah umumkan senarai pemain untuk anugerah posisi dan juga Pemain Terbaik UEFA Tahun 2010.

Víctor Valdés, Gerard Piqué, Lionel Messi dan Xavi Hernandez telah dicalonkan bersama 8 lagi pemain dari kelab lain: Inter Milan (5 orang), Bayern Munich, Lyon & Man. United masing² dengan seorang pemain.

Anugerah ini akan disampaikan ketika cabutan Liga Juara² yang akan berlangsung di Monaco 26 Ogos ini.

Senarai penuh pemain yang dicalonkan:

Penjaga Gol Terbaik UEFA
Julio Cesar (Inter)
Hugo Lloris (Olympique Lyonnais)
Víctor Valdes (Barcelona)

Pertahanan Terbaik UEFA
Lucio (Inter)
Maicon (Inter)
Gerard Piqué (Barcelona)

Pemain Tengah Terbaik UEFA
Xavi Hernandez (Barcelona)
Arjen Robben (Bayern Munich)
Wesley Sneijder (Inter)

Penyerang Terbaik UEFA
Lionel Messi (Barcelona)
Diego Milito (Inter)
Wayne Rooney (Manchester United)

Finalis ini telah dipilih oleh para jurulatih kelab yang berjaya ke pusingan kalah mati Liga Juara² musim lepas.

Ahad, Oktober 18, 2009

Messi Pilihan Utama Untuk Menangi Ballon d'Or

Setelah berjaya membantu Barcelona memenangi treble pada musim lepas dengan prestasi yang cemerlang, Messi dikatakan menjadi pilihan utama untuk memenangi piala yang sangat diidam-idamkan oleh setiap pemain bolasepak di dunia iaitu Ballon d'Or (bola emas) tahun ini.

Selain Messi, 5 lagi pemain Barcelona turut tersenarai di dalam 30 orang calon untuk memenanginya dan Barcelona merupakan pasukan yang paling ramai pemainnya dicalonkan.

Berikut adalah senarai 30 pemain yang dicalonkan:

FC Barcelona (6): Thierry Henry (Perancis), Zlatan Ibrahimovic (Sweden, Inter Milan awal tahun ini), Iniesta (Sepanyol), Lionel Messi (Argentina), Xavi (Sepanyol), Yaya Toure (Ivory Coast)
Real Madrid (4) : Iker Casillas (Sepanyol), Karim Benzema (Perancis, Lyon awal tahun ini), Cristiano Ronaldo (Portugal, Manchester United awal tahun ini), Kaka (Brazil, AC Milan awal tahun ini)
Chelsea (3) : Didier Drogba (Ivory Coast), Frank Lampard (England), John Terry (England)
Manchester United (3) : Ryan Giggs (Wales), Wayne Roney (England), Nemanja Vidic (Serbia)
Inter Milan (3) : Samuel Eto'o (Cameroon, FC Barcelona awal tahun ini), Julio Cesar (Brazil), Maicon (Brazil)
Arsenal (2) : Andrei Arshavin (Rusia), Cesc Fabregas (Sepanyol)
Liverpool (2) : Fernando Torres (Sepanyol), Steven Gerrard (England)
Atletico Madrid (1) : Diego Forlan (Uruguay)
Bordeaux (1) : Yoann Gourcuff (Perancis)
Bayern Munich (1) : Franck Ribéry (Perancis)
Sevilla (1) : Luis Fabiano (Brazil)
Juventus (1) : Diego (Brazil, Werder Bremen awal tahun ini)
Valencia (1) : David Villa (Sepanyol)
Wolfsburg (1) : Edin Dzeko (Bosnia)

Pemenang Ballon d'Or Bolasepak Perancis 2009 ini akan diumumkan pada 1 Disember ini dan piala tersebut akan diserahkan kepada pemenangnya pada 6 Disember di dalam rancangan Téléfoot.

Sabtu, September 19, 2009

MESSIve Contract 2016

Pada pukul 3 petang Jumaat tadi (9 malam waktu Malaysia), Lionel Messi telah menandatangani pembaharuan kontrak yang mengikat pemain terbaik Eropah tersebut dengan Barça sehingga 30 June 2016. Acara tersebut turut disaksikan oleh abangnya, Rodrigo Messi, pengerusi kelab, Joan Laporta, naib pengerusi Joan Boix Rafael Yuste, setiausaha teknikal, Txiki Begiristain dan pengarah bolasepak, Raul Sanllehí.

Dengan pembaharuan kontrak ini, Messi telah menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi dengan pendapatan 10-12 juta Euro (RM51-61 juta) & mempunyai klausa bayar-lepas sebanyak 250 juta Euro (RM1.277 bilion) berbanding dengan kontraknya sebelum ini yang akan tamat pada 2014 dengan klausa bayar-lepas 150 juta Euro.

Lionel Messi yang sertai pasukan remaja Barcelona pada 2001 akan terikat sebagai pemain Blaugrana selama 15 tahun melalui perjanjian baru ini.