Rabu, Mei 13, 2009

Perlawanan Akhir Piala Raja Sepanyol.

Aitor Ocio dan Carles Puyol bergambar bersama jersi mereka dan replika piala.

Pada pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan akhir bersejarah yang akan menyaksikan pertembungan 2 kelab yang paling banyak menjuarai piala Raja Sepanyol (Copa del Rey). Barça dengan 24 kali menjadi juara, manakala Athletic Bilbao sebanyak 23 kali.

Kali terakhir Barça menjadi juara ialah pada 11 tahun yang lepas (1998) dengan Pep Guardiola sebagai ketua pasukan ketika itu (tetapi tidak beraksi pada perlawanan akhir Copa del Rey) dan tiada seorang pun pemain² ketika itu masih bermain dengan Barça sekarang. Manakala Bilbao pula sudah menunggu selama 25 tahun sejak kali terakhir memenanginya dengan mengalahkan Barça 1-0.

Kedua-dua kelab ini berada dalam prestasi yang baik di mana Barça yang menghampiri kejuaraan Liga dan berjaya melangkah ke peringkat akhir Liga Juara² manakala Bilbao pula selamat dari zon penyingkiran Liga. Namun, Bilbao menampakkan kesungguhan untuk memenangi piala ini apabila merehatkan pemain² utama mereka pada perlawanan Liga menentang Betis dengan kemenangan 1-0 Ahad lepas. Skuad Bilbao sudah pun berada di Valencia sejak Ahad lepas bersiap sedia untuk perlawanan akhir ini manakala Barça akan bertolak ke sana hari ini.

Walaupun masih tidak diketahui sama ada Pep akan menurunkan barisan utama Barça atau masih menaruh harapan kepada pemain² yang menjadi pilihan untuk kempen piala ini sejak awal iaitu Pinto, Cáceres, Hleb dan Bojan tetapi ternyata Pep tidak mempunyai banyak pilihan apabila Milito, Márquez, Henry, Iniesta dan Jorquera tidak dapat bermain atas sebab kecederaan dan Abidal yang digantung perlawanan. Kontra dengan keadaan Bilbao, pasukan kendalian Caparrós pula menambah keyakinan dengan kembalinya 2 pemain utama mereka dari kecederaan - Fernando Llorente dan David López.

Perlawanan ini sudah semestinya akan menjanjikan pertembungan yang hebat dan penantian selama 11 tahun bakal berakhir sekiranya Barça berjaya menjulang kemenangan piala yang ke 25 ini!

2 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

Treble!Treble!

Campeon d'Espana,Campeon de Copa del Rey,Campeon d'Europe!

nozbleed berkata...

haha.. yeah.. nntikan pagi ni.. buat kali ke-3nye aku lari dari kursus dlm mase sminggu lebih ni.. aku arap pep rehatkan messi n turunkan line-up yg slalu die bg main utk copa ni - bojan, hleb, caceres. kalo bleh aku nk smua key player fit utk champions league nnt sbb aku nak sgt barca kalahkan MU ngn jaringan yg selesa :D visca el barca!! arap² pagi ni kite dpt 1st piala kita utk musim ni dan 2 piala lg bakal disapu lepas ni, ye dak nami?