Sabtu, April 11, 2009

Penyerang Paling Berbisa di Eropah.

Messi, Eto'o dan Henry menjadi penyerang paling efektif dalam kempen Juara-Juara Liga musim ini. Dengan 19 gol dijaringkan oleh hanya mereka bertiga, menjadikan mereka penjaring terbanyak lebih dari gol yang dijaringkan oleh enam dari tujuh kelab lain di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Jumlah jaringan:
Barca 28, Bayern 24, Liverpool 17, Chelsea 15, Villareal 13, Porto 13, Arsenal 13, MU 13 .

Yang menariknya tentang kejayaan Barça sehingga kini di dalam Liga Juara-Juara ialah kebolehan menjaringkan gol oleh hanya tiga pemain : Messi, Eto'o dan Henry.

Hanya Bayern Munich sahaja yang mengumpulkan jumlah jaringan (24 gol) melebihi jaringan dari Meesi, Eto'o dan Henry.

Dua gol dijaringkan Messi semasa menentang Bayern Munich Khamis lepas melonjakkan namanya ke tangga teratas penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim ini dengan 8 gol. Kapten Liverpool, Gerard dan Klose (Bayern Munich) di tangga ke dua dengan 7 gol.