Jumaat, Mei 15, 2009

Nasib Bojan Krkić Akan di Tentukan Pada Hujung Musim.

Beberapa hari lalu Txiki Begiristain telah mengesahkan bahawa Barça akan menentukan nasib Bojan Krkić di hujung musim ini setelah penyerang berumur 18 tahun ini dikaitkan dengan beberapa kelab di England dan Sepanyol berikutan kurang diberi peluang bermain di bawah kendalian Pep Guardiola.

Manchester City, Tottenham, Blackburn Rovers, Almería dan terbaru Derportivo de La Coruña telah menyatakan hasrat untuk meminjam khidmat pemain kacukan Serbia-Sepanyol itu. Namun, Krkić tidak berminat untuk bermain di Liga Inggeris dan menegaskan untuk terus bersama Blaugrana.

Walaupun Begiristain mengesahkan beberapa panggilan telah diterima bertanyakan situasi Bojan, beliau menegaskan tiada keputusan yang telah dibuat dan semuanya bergantung kepada Guardiola apabila mereka membincangkannya di hujung musim nanti.

1 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

bojan bakal ganti messi..
jangan bagi wehh..

takat loan-loan tu boleh laa..