Khamis, Mei 28, 2009

Juara Eropah Lengkapkan Trebel!!

Barça julang piala Liga Juara² kali ke 3 sekaligus melengkapkan trebel dalam musim yang penuh bersejarah.

Tahun ini merupakan tahun yang penuh gemilang buat Barça dengan rekod-rekod yang telah diatasi dah dibuat sepanjang musim.

Liga
-Kejuaraan kali ke 18.
-Jumlah 87 mata, 3 mata melebihi rekod mata tertinggi pada 2005.

Gol
-105 gol dalam 38 perlawanan.
-Kurang 2 gol untuk menyamai rekod jaringan terbanyak Real Madrid pada musim 1989/90.
-Memperbaiki rekod jaringan Barça, 102 gol dlm 42 perlawnan pada musim 1996/97.

Kemenangan Terbanyak
-27 kemenangan, rekod baru untuk Barça dengan kelebihan 2 perlawanan.
-Kurang 1 untuk menyamai rekod Real Madrid dengan 28 kemenangan pada 1987/88.

Kemenangan Di Tempat Lawan
-13 kemenangan menyamai rekod Atletico Madrid, semasa 42 perlawanan Liga semusim.
-2 perlawanan melebihi rekod sendiri sebelum ini.

Kemenangan Berturut-Turut Di Tempat Lawan
-Dari minggu 3 ke minggu 21, Barça menang setiap perlawanan di tempat lawan, mengalahkan Sporting, Espanyol, Athletic Club, Màlaga, Recreativo, Sevilla, Vilarreal, Osasuna dan Racing untuk mencipta rekod baru 9 kemenangan berturut-turut di tempat lawan .

Separuh Musim Pertama Terbaik
-Barça mencatatkan rekod baru Liga dengan 50 mata dalam separuh musim pertama.

Perbezaan Gol Terbaik
-Dengan 105 gol dijaringkan dan hanya 35 bolos Barça mencatatkan rekod baru perbezaan gol + 70, memadam rekod sebelum ini dengan kelebihan satu gol.

Gol Dijaringkan Di Bernabeu
-6 gol Barça yang dijaringkan pada 2 Mei adalah jaringan terbanyak yang pernah dijaringkan oleh musuh utama di Madrid.

Bukan sahaja pasukan yang mencatatkan jaringan terbanyak dalam Liga, tetapi rekod pertahanan dengan 35 bolos menghadiahkan Valdes trofi Zamora kedua peribadi yang diberikan kepada penjaga gol terbaik Liga.

Jumaat, Mei 22, 2009

Pep Tolak Anugerah Berprestij.

Pep Guardiola telah menolak pencalonannya untuk menerima anugerah berprestij Premio Príncipe de Asturias de los Deportes (Anugerah Putera Asturias dalam bidang sukan).

Beliau menerima pencalonan tersebut pada pagi ini tetapi dengan cepat dia menolak dengan alasan dia belum layak untuk menerimanya.

Anugerah ini diberikan kepada individu, sekumpulan orang atau institusi yang bukan sahaja telah membuktikan mereka mempunyai pengaruh positif tetapi juga telah menjadi lebih baik dan mengatasi pihak lain di dalam bidang sukan.

Di musim pertamanya sebagai jurulatih Barcelona, ternyata Guardiola mengagumkan dengan telah memenangi dua piala dan menghampiri piala ketiga apabila Barcelona bertemu Manchester United dalam perlawanan akhir Liga Juara² minggu depan.

Walaubagaimanapun, dia menyatakan yang dia tidak berhak menerima anugerah berprestij itu dan lebih setuju untuk memberikannya kepada orang lain.

"Saya sangat berterima kasih, tetapi saya lebih suka jika ia diberikan kepada orang lain. Saya percaya ia merupakan anugerah yang sangat berprestij dan diberikan kepada ahli sukan yang telah mencapai banyak kejayaan di dalam jangkamasa yang lama, di mana perjalanan saya sangat pendek."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih setulus hati, tetapi saya percaya bahawa kami baru sahaja melalui sesuatu yang kecil."

Penerima anugerah ini pada tahun lepas adalah pemain tenis Sepanyol sensasi Rafael Nadal, manakala sebelumnya dianugerahkan kepada Michael Schumacher. Antara individu yang telah dianugerahkan sebelum ini termasuk Fernando Alonso (pelumba F1), Lance Armstrong (pelumba basikal), Severiano Ballesteros (pemain golf) dan Sebastian Coe (atlit balapan).

Latihan Hari Khamis.

Sesi latihan yang berlangsung pada tengah hari Khamis (semalam) di Camp Nou di buka kepada pemberita sebagai sebahagian daripada Hari Terbuka Media UEFA berhubung dengan perlawanan akhir Liga Juara².

Suasana Liga Juara² menyelubungi Camp Nou apabila stadium dibanjiri dengan pemberita dan media-media dari seluruh dunia yang ingin menyaksikan finalis tersebut. Pada kebiasaannya para pemain akan berlatih di Camp Nou sebelum perlawanan bermula pada hari berikutnya seperti latihan pada hari ini dan pengurus pasukan, Josep Guardiola dan seorang pemain (di dalam kes ini, Messi) memberi sidang akhbar selepas sesi latihan.

Semua pemain turun berlatih kecuali Alves, Henry, Iniesta, Jorquera, Márquez dan Milito yang mana kesemuanya cedera. Gudjohnsen yang terlepas latihan hari Rabu kerana lebam kaki kanan, berlatih berasingan dari rakan pasukan yang lain.

Seorang muka baru dilihat turut serta turun berlatih iaitu Marc Muniesa, berusia 17 tahun, pemain pertahanan tengah skuad remaja bersama-sama pemain Barça Atlètic yang lain - Xavi Torres, Abraham, Oier, Jeffren, Botía dan Fontàs.

Dani Alves Terseliuh Kaki Kanan.

Ujian yang dijalankan pada hari Khamis mengesahkan Dani Alves terseliuh kaki kanan yang menyebabkannya terpaksa berehat selama 3 minggu. Pemain Brazil tersebut mengalami kecederaan semasa latihan pada hari Rabu lepas. Alves yang tidak akan beraksi di Rom kerana digantung perlawanan akan terlepas 2 baki perlawanan Liga musim ini.

Khamis, Mei 21, 2009

Latihan Hari Rabu.

Semalam, skuad senior kembali turun ke padang membuat latihan sebelum perlawanan menentang Osasuna hujung minggu ini tetapi lebih dibayangi oleh perlawanan akhir Liga Juara² minggu depan.

Setelah cuti dua hari, kesemua pemain turun ke padang membuat latihan dan persediaan untuk perlawanan pada awal pagi Khamis depan menentang Manchester Unired. Sebelum itu, perlawanan ke 37 Liga menentang Osasuna menanti mereka pada hari Ahad pukul 3 pagi (waktu Malaysia) di Camp Nou. Dan kemudian para pemain akan berpeluang berarak dengan piala Liga dan piala Raja Sepanyol yang dimenangi di hadapan para penyokong yang semestinya akan menjadi sambutan yang sangat meriah. Guardiola telah pun umumkan yang dia akan merehatkan beberapa pemain utama untuk memastikan mereka segar dan bersedia di Rom nanti.

Seramai 22 orang pemain dilaporkan membuat latihan, 18 dari pasukan utama dan 6 dari Barça Atlètic iaitu Xavi Torres, Jeffren, Abraham, Espasandín, Botía dan Oier. Pinto yang tidak ke Majorca bersama skuad lain pada perlawanan lepas kerana masalah buku lali, dilihat turut serta berlatih. Gudjohnsen pula tidak menyertai sesi latihan tersebut kerana lebam pada kaki kanan.

Manakala selain dari pemain-pemain yang mengalami kecederaan yang lama iaitu Márquez, Jorquera dan Milito, Thierry Henry dan Andrés Iniesta juga tidak menyertai sesi latihan kerana meneruskan program latihan pemulihan individu. Kedua-dua pemain diharapkan sembuh dan bersedia pada masanya untuk menentang Manchester United.

Rasmi Jersi Baru Menentang Osasuna.

Minggu ini, pada perlawanan ke 37 Liga menentang Osasuna di Camp Nou, Barça akan mengenakan jersi baru yang akan dipakai pada musim depan, 2009/10.

Dan pada perlawanan 38 Liga iaitu perlawanan terakhir untuk kempen Liga musim ini menentang Deportivo di Riazor, jersi kedua pula akan diperkenalkan. Walaubagaimanapun, pada perlawanan akhir Liga Juara², jersi utama musim ini akan dipakai seperti yang disyaratkan oleh UEFA.



'Jersi utama untuk musim 2009/10 ini mempunyai lebih banyak jalur biru dan merah dan corak 'senyera' dikekalkan di belakang pada bahagian tengkuk. Di dalam pada bahagian tengkuk pula terdapat label jahitan 'mes que un club' yang membawa maksud 'lebih dari sebuah kelab' dan pada bahagian yang sama juga terdapat label kecil dengan perkataan 'Barça'. Butir-butir ini dikekalkan pada jersi kedua cuma warna jersi sahaja yang berbeza iaitu berwarna oren terang.

Gambar kedua-dua jersi baru ini telah pun tersebar meluas di internet beberapa hari yang lepas (seperti di sini) dan laporan dari Sport ini mengesahkan berita tentang jersi baru ini.

Selasa, Mei 19, 2009

Jersi Biru-Merah Di Final UCL.

Barça akan memakai jersi bertuah biru-merah setelah diberi status sebagai tuan rumah untuk perlawanan akhir Liga Juara² minggu depan di Rom manakala Manchester United pula memilih jersi serba putih.

Anak buah Sir Alex Ferguson akan menyarung jersi away ke-3 mereka itu setelah jersi pilihan utama berwarna merah dan jersi ke-2 pula berwarna biru akan bertembung dengan jersi Blaugrana yang berwarna biru dan merah.

Barcelona pernah memakai jersi pilihan utama biru-merah semasa menentang Arsenal di Paris pada 2006 yang membawa tuah dan ketika itu Gunners memilih jersi kuning dan kelabu gelap.

Barça culés akan menonton penampilan ke 6 kelab kesayangan mereka di pentas akhir Eropah itu dari belakang pintu gol selatan di Stadium Olimpic di Rome.

'Sebuah Lagu Untuk Barcelona' - Frank Charles


Frank Charles, penyanyi yang popular di New Jersey (United Kingdom) dan Catalonia, telah menerbitkan CD terbaru yang didedikasikan kepada pasukan blaugrana. Lagu yang bertajuk 'Un crit per your Barça' juga terdapat dalam versi Inggeris ('A song for Barcelona'), dan hasil karya artis tersebut boleh dimuat turun percuma dari internet melalui youtube.

Charles meraikan kejayaan Guardiola dan semua pemain, semua generasi blaugrana dan para peminat melalui hasil karya terbarunya ini. Gambar bayangan Eto'o, Messi dan Iniesta dapat dilihat di kulit depan CD tersebut.

Isnin, Mei 18, 2009

Liga 36: Mallorca 2-1 Barça

RCD Mallorca 2-1 FC Barcelona

9' Eto'o (0-1)
73' Arango J. (1-1)
77' Cléber Santana (2-1)