Jumaat, Mei 22, 2009

Pep Tolak Anugerah Berprestij.

Pep Guardiola telah menolak pencalonannya untuk menerima anugerah berprestij Premio Príncipe de Asturias de los Deportes (Anugerah Putera Asturias dalam bidang sukan).

Beliau menerima pencalonan tersebut pada pagi ini tetapi dengan cepat dia menolak dengan alasan dia belum layak untuk menerimanya.

Anugerah ini diberikan kepada individu, sekumpulan orang atau institusi yang bukan sahaja telah membuktikan mereka mempunyai pengaruh positif tetapi juga telah menjadi lebih baik dan mengatasi pihak lain di dalam bidang sukan.

Di musim pertamanya sebagai jurulatih Barcelona, ternyata Guardiola mengagumkan dengan telah memenangi dua piala dan menghampiri piala ketiga apabila Barcelona bertemu Manchester United dalam perlawanan akhir Liga Juara² minggu depan.

Walaubagaimanapun, dia menyatakan yang dia tidak berhak menerima anugerah berprestij itu dan lebih setuju untuk memberikannya kepada orang lain.

"Saya sangat berterima kasih, tetapi saya lebih suka jika ia diberikan kepada orang lain. Saya percaya ia merupakan anugerah yang sangat berprestij dan diberikan kepada ahli sukan yang telah mencapai banyak kejayaan di dalam jangkamasa yang lama, di mana perjalanan saya sangat pendek."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih setulus hati, tetapi saya percaya bahawa kami baru sahaja melalui sesuatu yang kecil."

Penerima anugerah ini pada tahun lepas adalah pemain tenis Sepanyol sensasi Rafael Nadal, manakala sebelumnya dianugerahkan kepada Michael Schumacher. Antara individu yang telah dianugerahkan sebelum ini termasuk Fernando Alonso (pelumba F1), Lance Armstrong (pelumba basikal), Severiano Ballesteros (pemain golf) dan Sebastian Coe (atlit balapan).

2 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

tu namanya low profile..

Hail to Our Pep!oh yeahh!

nozbleed berkata...

Hehe.. karekter yg mengagumkan setakat ni