Khamis, Mei 21, 2009

Latihan Hari Rabu.

Semalam, skuad senior kembali turun ke padang membuat latihan sebelum perlawanan menentang Osasuna hujung minggu ini tetapi lebih dibayangi oleh perlawanan akhir Liga Juara² minggu depan.

Setelah cuti dua hari, kesemua pemain turun ke padang membuat latihan dan persediaan untuk perlawanan pada awal pagi Khamis depan menentang Manchester Unired. Sebelum itu, perlawanan ke 37 Liga menentang Osasuna menanti mereka pada hari Ahad pukul 3 pagi (waktu Malaysia) di Camp Nou. Dan kemudian para pemain akan berpeluang berarak dengan piala Liga dan piala Raja Sepanyol yang dimenangi di hadapan para penyokong yang semestinya akan menjadi sambutan yang sangat meriah. Guardiola telah pun umumkan yang dia akan merehatkan beberapa pemain utama untuk memastikan mereka segar dan bersedia di Rom nanti.

Seramai 22 orang pemain dilaporkan membuat latihan, 18 dari pasukan utama dan 6 dari Barça Atlètic iaitu Xavi Torres, Jeffren, Abraham, Espasandín, Botía dan Oier. Pinto yang tidak ke Majorca bersama skuad lain pada perlawanan lepas kerana masalah buku lali, dilihat turut serta berlatih. Gudjohnsen pula tidak menyertai sesi latihan tersebut kerana lebam pada kaki kanan.

Manakala selain dari pemain-pemain yang mengalami kecederaan yang lama iaitu Márquez, Jorquera dan Milito, Thierry Henry dan Andrés Iniesta juga tidak menyertai sesi latihan kerana meneruskan program latihan pemulihan individu. Kedua-dua pemain diharapkan sembuh dan bersedia pada masanya untuk menentang Manchester United.

Tiada ulasan: