Memaparkan catatan dengan label Latihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Latihan. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 31, 2010

Pep Bawa 28 Pemain ke Asia

Pep Guardiola telah umumkan nama 28 pemain yang akan dibawa untuk persahabatan pra-musim jelajah Asia.

Pinto, Miño, Oier

Milito, Maxwell, Abidal, Alves, Adriano, Fontàs,
Muniesa, Armando, Dalmau, Ilie, Sergi Gómez

Keita, Hleb, Riverola, Jonathan dos Santos,
Víctor Sánchez, Víctor Vázquez

Messi, Ibrahimovic, Sergi Roberto,
Jonathan Soriano, Benja, Edu Oriol, Nolito, Tello

Bojan dan Jeffren tidak dibawa kerana dipanggil sertai pasukan Sepanyol Bawah 21 untuk perlawanan kelayakan Eropah menentang Finland pada 11 Ogos.

Messi dan Alves turut disenaraikan setelah kembali dari cuti Piala Dunia. Manakala Hleb turut diberi peluang untuk beraksi.

Oleh kerana ramai pemain utama Barça masih bercuti (8 pemain kebangsaan Sepanyol: Valdés, Piqué, Puyol, Busquets, Xavi, Iniesta, Pedro & Villa), 17 pemain daripada Barça B dibawa termasuk Fontàs dan Vázquez yang baru pulih dari kecederaan.

Skuad Pep ini dijadualkan terbang ke Seoul pada pukul 4 petang tadi dari lapangan terbang El Prat.

Perlawanan persahabatan pra-musim jelajah Asia ini akan berlangsung pada hari Rabu menentang pilihan Liga Korea (K-League) dan kemudiannya skuad Barça akan terbang ke China untuk berhadapan dengan Beijing Guoan pada hari Ahad.

Rabu, Julai 28, 2010

Senarai Pemain Ke Oslo


Pep Guardiola telah namakan 22 pemain yang akan terbang ke Norway
esok untuk perlawanan persahabatan pra-musim pertama menentang Vålerenga.
Senarai pemain:

Pinto, Miño

Milito, Maxwell, Muniesa,
Sergi Gomez, Armando, Dalmau

Keita, Adriano, Victor Sanchez,
Jonathan dos Santos, Martí Riverola, Ilie

Bojan, Ibrahimovic, Jonathan Soriano,
Sergi Roberto, Edu Oriol, Nolito, Benja, Tello

Biru= Pemain daripada Barça B.

Abidal yang baru saja turun latihan Isnin lepas adalah antara yang tidak
disenaraikan selain Hleb, Oier, Cuenca dan Masip.

Jeffren ditinggalkan atas dasar berjaga-jaga
selepas alami tanda-tanda awal kecederaan.

Fontàs dan Vazquez teruskan program pemulihan
kecederaan di pusat latihan.

Skuad Barça akan terbang ke Oslo pada 9 pagi (4 petang waktu M'sia)
pada hari Khamis. Perlawanan dijadualkan bermula pada 7 malam (2 pagi)
dan akan terus kembali ke Barcelona sejurus selepas perlawanan.

Selasa, Oktober 20, 2009

18 Pemain Yang Sama Untuk Rubin Kazan

Josep Guardiola telah memilih pemain yang sama ketika berhijrah ke Valencia dimana kesemua 18 pemain yang sihat & cergas untuk perlawanan menentang Rubin Kazan di Camp Nou awal pagi Rabu nanti.

Ketika latihan, kelihatan Milito keluar berlatih dan turut sertai beberapa aktiviti bersama pemain lain. Henry dan Chygrynskiy juga yang berlatih di dalam gym dilihat keluar bersama jurulatih kecergasan beberapa ketika. Kedua-dua mereka masih lagi di dalam proses pemulihan dari kecederaan.

Senarai pemain yang dipilih:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Piqué, Márquez, Abidal, Maxwell,
Touré, Busquets,
Xavi, Keita, Iniesta,
Messi, Jeffren, Ibrahimovic, Bojan, Pedro


Sabtu, Oktober 17, 2009

18 Pemain Di Namakan

Pep Guardiola telah namakan 18 pemain untuk menentang Valencia pada awal pagi Ahad nanti. Hanya 3 pemain yang cedera dan tidak dapat beraksi iaitu Thiery Henry, Dmytro Chygrynskiy dan Gabriel Milito.

Pada sesi latihan petang Jumaat lepas, selain dapat menyaksikan Ibrahimovic kembali beraksi, pemain tengah Juvenil A, Martí Riverola juga turut serta setelah perlawanan yang sepatutnya dia terlibat telah ditangguhkan minggu ini.

Seramai 21 pemain telah ambil bahagian dalam sesi latihan tersebut di Ciutat Esportiva Joan Gamper manakala Chygrynskiy dan Milito berlatih sendiri jauh dari rakan-rakan lain. Hanya Henry sahaja yang tidak hadir atas sebab kecederaan.

Skuad Barça kini telah pun berada di Valencia setelah tiba pada pukul 12:25 tengah hari (6:25 petang) tadi dan berehat di hotel Westin Valencia sebelum bertolak ke Mestalla. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada pukul 10 malam (4 pagi). Kemudian mereka akan bermalam di Valencia seterusnya pulang ke Barcelona pada tengah hari Ahad.

Senarai pemain yang di namakan:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Piqué, Márquez, Abidal, Maxwell,
Touré, Busquets,
Xavi, Keita, Iniesta,
Messi, Jeffren, Ibrahimovic, Bojan, Pedro



Ahad, September 27, 2009

6 Pemain Tiada Dalam Latihan

Selepas perlawanan menentang Màlaga, 6 pemain tidak terlibat dalam sesi latihan regangan pada pagi Ahad.

Chygrynskiy dan Henry masih lagi dirawat selepas kecederaan dalam perlawanan kelmarin.

Sementara itu, Messi, Ibrahimovic, Alves dan Xavi buat latihan regangan di dalam gim dan tidak sertai rakan lain di padang untuk pastikan mereka dalam keadaan terbaik untuk perlawanan Liga Juara² menentang Dynamo Kiev awal pagi Rabu ini.

Terdapat pembaharuan pada sesi latihan pagi tadi dengan kehadiran Rafa Alcántara dari Junior B, adik kepada Thiago Alcántara, pemain Barça Atlètic. Pemain yang berada di bawah jagaan Segi Barjuan ini untuk pertama kalinya diberi peluang untuk berlatih di bawah skuad utama Pep Guardiola.


Jumaat, September 25, 2009

Ibrahimović Sertai Latihan

Zlatan Ibrahimović disenaraikan dalam skuad Barça yang akan menentang Málaga setelah sembuh dari kecederaan buku lali.

Penyerang Sweden tersebut tercedera di awal separuh masa kedua semasa menentang Racing Santander Rabu lepas. Permeriksaan awal menjangkakan dia tidak dapat beraksi untuk perlawanan yang akan berlangsung pada awal pagi Ahad nanti di Andalucia. Namun selepas dua hari berehat, Ibrahimović turun berlatih pada hari Jumaat pagi dan diberi lampu hijau untuk turut disenaraikan dalam senarai 19 pemain skuad Guardiola.

Setelah berehat pada hari Khamis, Barça berlatih kali terakhir pada pagi Jumaat sebelum berangkat ke Málaga pada hari perlawanan nanti. Mereka dijadualkan meninggalkan Camp Nou pada 9 pagi (3 petang waktu Malaysia) dan terbang pada pukul 10 pagi sebelum tiba di destinasi sejam 25 minit kemudian.

19 pemain yang disenaraikan:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Chygrynskiy, Piqué, Márquez, Abidal, Maxwell
Xavi, Touré, Busquets, Keita, Iniesta,
Jeffren, Messi, Ibrahimovic, Henry, Pedro

Seperti biasa seorang pemain akan digugurkan sebelum perlawanan bermula dan terpaksa menyaksikan permainan di tempat duduk penonton. Gabriel Milito dan Bojan Krkic masih lagi belum sembuh dari kecederaan.


Isnin, September 21, 2009

19 Pemain Untuk Santander

Josep Guardiola akan membawa kesemua pemain yang ada ke ibu kota Cantabria untuk menghadapi perlawanan liga ke 4 musim ini menentang Racing Santander.

Setelah berehat(cuti) pada hari Ahad, pasukan utama Barça kembali berlatih pada hari Isnin.
19 pemain telah diumumkan oleh Guardiola setelah tamat sesi latihan termasuk Gerard Piqué yang telah sembuh dari kecederaan pada perlawanan awal pagi Ahad lepas.

Skuad Barça akan meninggalkan Ciudad Deportiva Joan Gamper pada pukul 10 pagi (4 petang waktu Malaysia) menuju ke lapangan terbang El Prat dimana mereka akan terbang ke Santander pada pukul 11 pagi dan dijangka tiba sejam 20 minit kemudian.

Perlawanan antara Racing dan Barcelona ini akan berlangsung pada pukul 10 malam (4 pagi) dan para pemain akan bermalam di Santander sebelum pulang ke Barcelona pada pagi Rabu. Mereka dijangka akan tiba pada pukul 12:20 tengah hari dan terus menuju ke Ciudad Deportiva untuk sesi latihan.

Senarai pemain yang diumumkan semasa sesi latihan:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Piqué, Chygrynskiy, Márquez, Abidal, Maxwell
Touré, Keita, Sergio Busquets, Xavi, Iniesta
Jeffren, Messi, Ibrahimovic, Henry, Pedro

Pep akan putuskan pemain yang akan digugurkan dari perlawanan sejam sebelum perlawanan bermula.



Jumaat, Mei 22, 2009

Latihan Hari Khamis.

Sesi latihan yang berlangsung pada tengah hari Khamis (semalam) di Camp Nou di buka kepada pemberita sebagai sebahagian daripada Hari Terbuka Media UEFA berhubung dengan perlawanan akhir Liga Juara².

Suasana Liga Juara² menyelubungi Camp Nou apabila stadium dibanjiri dengan pemberita dan media-media dari seluruh dunia yang ingin menyaksikan finalis tersebut. Pada kebiasaannya para pemain akan berlatih di Camp Nou sebelum perlawanan bermula pada hari berikutnya seperti latihan pada hari ini dan pengurus pasukan, Josep Guardiola dan seorang pemain (di dalam kes ini, Messi) memberi sidang akhbar selepas sesi latihan.

Semua pemain turun berlatih kecuali Alves, Henry, Iniesta, Jorquera, Márquez dan Milito yang mana kesemuanya cedera. Gudjohnsen yang terlepas latihan hari Rabu kerana lebam kaki kanan, berlatih berasingan dari rakan pasukan yang lain.

Seorang muka baru dilihat turut serta turun berlatih iaitu Marc Muniesa, berusia 17 tahun, pemain pertahanan tengah skuad remaja bersama-sama pemain Barça Atlètic yang lain - Xavi Torres, Abraham, Oier, Jeffren, Botía dan Fontàs.

Khamis, Mei 21, 2009

Latihan Hari Rabu.

Semalam, skuad senior kembali turun ke padang membuat latihan sebelum perlawanan menentang Osasuna hujung minggu ini tetapi lebih dibayangi oleh perlawanan akhir Liga Juara² minggu depan.

Setelah cuti dua hari, kesemua pemain turun ke padang membuat latihan dan persediaan untuk perlawanan pada awal pagi Khamis depan menentang Manchester Unired. Sebelum itu, perlawanan ke 37 Liga menentang Osasuna menanti mereka pada hari Ahad pukul 3 pagi (waktu Malaysia) di Camp Nou. Dan kemudian para pemain akan berpeluang berarak dengan piala Liga dan piala Raja Sepanyol yang dimenangi di hadapan para penyokong yang semestinya akan menjadi sambutan yang sangat meriah. Guardiola telah pun umumkan yang dia akan merehatkan beberapa pemain utama untuk memastikan mereka segar dan bersedia di Rom nanti.

Seramai 22 orang pemain dilaporkan membuat latihan, 18 dari pasukan utama dan 6 dari Barça Atlètic iaitu Xavi Torres, Jeffren, Abraham, Espasandín, Botía dan Oier. Pinto yang tidak ke Majorca bersama skuad lain pada perlawanan lepas kerana masalah buku lali, dilihat turut serta berlatih. Gudjohnsen pula tidak menyertai sesi latihan tersebut kerana lebam pada kaki kanan.

Manakala selain dari pemain-pemain yang mengalami kecederaan yang lama iaitu Márquez, Jorquera dan Milito, Thierry Henry dan Andrés Iniesta juga tidak menyertai sesi latihan kerana meneruskan program latihan pemulihan individu. Kedua-dua pemain diharapkan sembuh dan bersedia pada masanya untuk menentang Manchester United.