Jumaat, Mei 22, 2009

Latihan Hari Khamis.

Sesi latihan yang berlangsung pada tengah hari Khamis (semalam) di Camp Nou di buka kepada pemberita sebagai sebahagian daripada Hari Terbuka Media UEFA berhubung dengan perlawanan akhir Liga Juara².

Suasana Liga Juara² menyelubungi Camp Nou apabila stadium dibanjiri dengan pemberita dan media-media dari seluruh dunia yang ingin menyaksikan finalis tersebut. Pada kebiasaannya para pemain akan berlatih di Camp Nou sebelum perlawanan bermula pada hari berikutnya seperti latihan pada hari ini dan pengurus pasukan, Josep Guardiola dan seorang pemain (di dalam kes ini, Messi) memberi sidang akhbar selepas sesi latihan.

Semua pemain turun berlatih kecuali Alves, Henry, Iniesta, Jorquera, Márquez dan Milito yang mana kesemuanya cedera. Gudjohnsen yang terlepas latihan hari Rabu kerana lebam kaki kanan, berlatih berasingan dari rakan pasukan yang lain.

Seorang muka baru dilihat turut serta turun berlatih iaitu Marc Muniesa, berusia 17 tahun, pemain pertahanan tengah skuad remaja bersama-sama pemain Barça Atlètic yang lain - Xavi Torres, Abraham, Oier, Jeffren, Botía dan Fontàs.

Tiada ulasan: