Memaparkan catatan dengan label Xavi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Xavi. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 16, 2010

4 Pemain Barça Dalam Senarai Calon Anugerah UEFA


UEFA telah umumkan senarai pemain untuk anugerah posisi dan juga Pemain Terbaik UEFA Tahun 2010.

Víctor Valdés, Gerard Piqué, Lionel Messi dan Xavi Hernandez telah dicalonkan bersama 8 lagi pemain dari kelab lain: Inter Milan (5 orang), Bayern Munich, Lyon & Man. United masing² dengan seorang pemain.

Anugerah ini akan disampaikan ketika cabutan Liga Juara² yang akan berlangsung di Monaco 26 Ogos ini.

Senarai penuh pemain yang dicalonkan:

Penjaga Gol Terbaik UEFA
Julio Cesar (Inter)
Hugo Lloris (Olympique Lyonnais)
Víctor Valdes (Barcelona)

Pertahanan Terbaik UEFA
Lucio (Inter)
Maicon (Inter)
Gerard Piqué (Barcelona)

Pemain Tengah Terbaik UEFA
Xavi Hernandez (Barcelona)
Arjen Robben (Bayern Munich)
Wesley Sneijder (Inter)

Penyerang Terbaik UEFA
Lionel Messi (Barcelona)
Diego Milito (Inter)
Wayne Rooney (Manchester United)

Finalis ini telah dipilih oleh para jurulatih kelab yang berjaya ke pusingan kalah mati Liga Juara² musim lepas.

Ahad, Oktober 18, 2009

Messi Pilihan Utama Untuk Menangi Ballon d'Or

Setelah berjaya membantu Barcelona memenangi treble pada musim lepas dengan prestasi yang cemerlang, Messi dikatakan menjadi pilihan utama untuk memenangi piala yang sangat diidam-idamkan oleh setiap pemain bolasepak di dunia iaitu Ballon d'Or (bola emas) tahun ini.

Selain Messi, 5 lagi pemain Barcelona turut tersenarai di dalam 30 orang calon untuk memenanginya dan Barcelona merupakan pasukan yang paling ramai pemainnya dicalonkan.

Berikut adalah senarai 30 pemain yang dicalonkan:

FC Barcelona (6): Thierry Henry (Perancis), Zlatan Ibrahimovic (Sweden, Inter Milan awal tahun ini), Iniesta (Sepanyol), Lionel Messi (Argentina), Xavi (Sepanyol), Yaya Toure (Ivory Coast)
Real Madrid (4) : Iker Casillas (Sepanyol), Karim Benzema (Perancis, Lyon awal tahun ini), Cristiano Ronaldo (Portugal, Manchester United awal tahun ini), Kaka (Brazil, AC Milan awal tahun ini)
Chelsea (3) : Didier Drogba (Ivory Coast), Frank Lampard (England), John Terry (England)
Manchester United (3) : Ryan Giggs (Wales), Wayne Roney (England), Nemanja Vidic (Serbia)
Inter Milan (3) : Samuel Eto'o (Cameroon, FC Barcelona awal tahun ini), Julio Cesar (Brazil), Maicon (Brazil)
Arsenal (2) : Andrei Arshavin (Rusia), Cesc Fabregas (Sepanyol)
Liverpool (2) : Fernando Torres (Sepanyol), Steven Gerrard (England)
Atletico Madrid (1) : Diego Forlan (Uruguay)
Bordeaux (1) : Yoann Gourcuff (Perancis)
Bayern Munich (1) : Franck Ribéry (Perancis)
Sevilla (1) : Luis Fabiano (Brazil)
Juventus (1) : Diego (Brazil, Werder Bremen awal tahun ini)
Valencia (1) : David Villa (Sepanyol)
Wolfsburg (1) : Edin Dzeko (Bosnia)

Pemenang Ballon d'Or Bolasepak Perancis 2009 ini akan diumumkan pada 1 Disember ini dan piala tersebut akan diserahkan kepada pemenangnya pada 6 Disember di dalam rancangan Téléfoot.

Isnin, September 14, 2009

Xavi Kagumi Ibrahimović

Xavi Hernandez puji impak yang dibuat Zlatan Ibrahimović bukan sahaja kerana kehebatannya di padang tetapi impak paling besar ialah di dalam bilik persalinan, menurut pemain pertahanan Barcelona tersebut.

Katanya, "Dia baru sahaja memulakan pengembaraan yang akan berlangsung sehingga lima tahun. Dia telah mengejutkan saya kerana dia selalu berlawak sedangkan sebelum ini saya fikir dia seorang yang serius. Semua orang kata dia seorang yang janggal tetapi pada hakikatnya tidak. Dia sangat disukai dan sesuaikan diri dengan baik sekali."
"Dia telah mengejutkan saya kerana dia selalu berlawak sedangkan sebelum ini saya fikir dia seorang yang serius."
- komen Xavi terhadap Ibrahimović.

Awal pagi Khamis ini kita bakal saksikan dua gergasi Eropah bertembung di dalam Liga Juara² Eropah di mana Ibrahimović akan berkunjung ke kubu lamanya di San Siro. Selain dapat melihat kelibat Samuel Eto'o menentang bekas rakan sepasukannya, kita juga bakal saksikan jurulatih Inter yang merupakan bekas staf belakang tabir Barcelona satu ketika dulu, Jose Mourinho menyusun strategi menentang bekas majikannya.
"Mungkin Mourinho lebih fokus pada pertahanan manakala Pep lebih romantik dan inginkan permainan yang cantik selain kemenangan." - Xavi Hernandez.
Xavi melihatkan banyak persamaan di antara tactician Portugis tersebut dengan Pep Guardiola. Dia menambah, "Saya bersamanya selama 3 tahun ketika dia (Mourinho) menjadi penolong kepada Louis Van Gaal dan banyak yang telah saya pelajari."

"Dia sama seperti Guardiola di mana mereka berdua obses dengan kerja. Mungkin Mourinho lebih fokus pada pertahanan manakala Pep lebih romantik dan inginkan permainan yang cantik selain kemenangan."