Lagu latar: Cradle Of Filth - Hollowed Be Thy Name.
Ahad, Ogos 01, 2010
Video: Rafael Márquez
Lagu latar: Cradle Of Filth - Hollowed Be Thy Name.
Sabtu, Julai 31, 2010
Majlis Perpisahan Márquez Sabtu Ini
FC Barcelona dan Rafa Márquez telah mencapai persetujuan bersama untuk membatalkan kontrak pemain tersebut yang sepatutnya tamat pada 30 Jun 2012.Satu majlis perpisahan akan diadakan di Camp Nou Sabtu ini pukul 6 petang (12 tengah malam waktu M'sia). Presiden kelab, Sandro Rosell akan mewakili Barça dan keseluruhan acara akan disiarkan secara langsung melalui Barça TV.
Rafa yang berpindah dari kelab Perancis, AS Monaco dengan jumlah perpindahan €5 juta merupakan pemain Mexico yang kedua bermain untuk Barcelona selepas Horacio Casarín.
Pengumuman hari ini menutup tirai pencapaian hebat Rafa dengan Barça sejak dia menyarung jersi blaugrana pada tahun 2003.
Pencaiapaian Bersama Barcelona
- La Liga: 2005, 2006, 2009, 2010
- Copa del Rey: 2009
- Supercopa de España: 2005, 2006, 2009
- Liga Juara² UEFA: 2006, 2009
- Piala Super UEFA: 2009
- Piala Dunia Kelab FIFA: 2009
Pemain pertahanan kebangsaan Mexico yang berusia 31 tahun ini telah bermain sebanyak 242 perlawanan untuk Barcelona dan meletakkannya di tangga ke-8 dalam ranking pemain asing. Beliau merupakan pemain penting di bawah era dua pengurus Barça, Frank Rijkaard dan Pep Guardiola.
Sabtu, November 21, 2009
Abidal & Touré positif H1N1, Márquez Kemungkinan Turut Dijangkiti
Rafa Márquez dikeluarkan dari skuad Barça yang akan menentang Athletic Bilbao dalam perlawanan liga ke 11 pagi nanti setelah menunjukkan tanda-tanda dijangkiti virus H1N1. Márquez akan menjalani ujian pemeriksaan untuk memastikannya dan pemain pertahanan Barça Atlètic, Andreu Fontàs telah dipanggil untuk mengisi tempat tersebut.Sebelum itu, Éric Abidal dan Yaya Touré diserang virus tersebut pada Jumaat lepas dan mereka berdua diasingkan daripada 18 orang skuad Pep Guardiola yang akan ke San Mamés.
Ibrahimović yang cedera semasa latihan Rabu lepas akan digantikan dengan Bojan Krkic manakala Jonathan dos Santos sekali lagi akan sertai skuad senior Barcelona.
Para pemain yang dibawa ke San Mamés:
Alves, Puyol, Piqué, Chygrynskiy, Fontàs, Maxwell
Sergio Busquets
Xavi, Iniesta, Keita, Jonathan dos Santos
Messi, Bojan, Henry, Pedro, Jeffren
Jumaat, Februari 13, 2009
Harijadi Márquez & Respon Positif Bruno Alves.
Semua pemain Barça yang terlibat dengan perlawanan antarabangsa memulakan latihan pada hari Khamis kecuali Márquez yang tidak dapat pulang tepat pada masa latihan. Bagaimanapun latihan pada hari ini menyaksikan ketua pasukan, Puyol tidak dapat menyertai rakan sepasukan lain membuat latihan biasa kerana masih lagi mengalami kesakitan pada paha kiri dan seterusnya tidak disenaraikan untuk perlawanan menentang Real Betis pukul 3 pagi Ahad (waktu Malaysia) di Manuel Ruiz de Lopera.
Rafael Márquez yang menyambut ulang tahun harijadinya yang ke 30 hari ini (13 Februari) adalah antara 19 pemain yang disenaraikan dan akan bertolak ke Sevilla sebelum perlawanan bermula. Turut tersenarai, Piqué yang tidak beraksi minggu lepas akibat insiden kad merah ketika menentang Racing Santander.