Jumaat, Julai 24, 2009

Wembley Cup 2009

Artikel sedang disusun.

Khamis, Julai 23, 2009

RASMI: Keirrison Tandatangan Kontrak 5 Tahun Bersama Barça

Secara rasminya hari ini Barcelona mengumumkan perpindahan Keirrison de Souza Carneiro (20) dari Palmeiras ke Barcelona.

Barcelona telah membayar 14 juta euro (RM70.5 juta) dengan tambahan perubahan 2 juta euro bergantung pada penglibatan perlawanan bersama pasukan utama.

Pemain penyerang tersebut menandatangani kontrak selama 5 musim bersama FC Barcelona walaupun dia dijangka akan dipinjamkan ke kelab lain pada musim depan.

Komen Pep tengang perpindahan Keirrison, "Dia masih sangat muda. Dia memiliki bilangan (gol) yang sangat menarik. Menjaringkan gol adalah sesuatu yang sukar. Barcelona telah memutuskan untuk mengikatnya, tetapi pada dasarnya dia akan dipinjamkan ke kelab lain. Jangan menggantung harapan padanya musim ini."

Kelab yang bakal menjadi destinasi Keirrison mungkin kelab dari Portugal, Benfica namun keputusan masih belum dibuat.

Isnin, Julai 20, 2009

Maxwell Dipersembahkan Secara Rasmi

Maxwell Scherrer Cabelino Andrade (27) dengan rasminya dipersembahkan di Miniestadi pada pukul 7 petang Jumaat (1 pagi Sabtu waktu Malaysia) di depan 2,500 peminat yang hadir setelah lulus kesemua ujian kesihatan dan kecergasan di pusat perubatan dan Hospital Barcelona.

Mengetahui dia akan menyertai “satu pasukan hebat”, Maxwell berkata, di Itali dia dan bekas rakan sepasukannya semua berkata “Barça bermain bola sepak terbaik di Eropah. "Saya gembira kerana berpeluang membentuk sebahagian dari sebuah pasukan yang baik dan positif”.

Sebagai pemain baru Barcelona, Maxwell menegaskan yang dia datang ke Camp Nou bukan untuk mengambil tempat rakan senegaranya, Sylvinho atau Eric Abidal pada posisi sebelah kiri. "Saya tahu bahawa saya datang menggantikan Sylvinho, tetapi tidak bermakna saya menjadi pemain simpanan. Saya fikir perebutan posisi dengan Abidal adalah positif untuk pasukan ini dan sudah tentu saya datang untuk bermain."

Pemain pertahanan kiri Brazil tersebut telah menandatangani kontrak dengan FC Barcelona selama 4 tahun dengan pilihan tambahan 1 tahun dengan bayaran perpindahan sebanyak 4.5 juta Euro (RM 22.7 juta).



Maxwell di Barcelona

Maxwell

Maxwell tiba di Barcelona pada tengah hari tadi (Jumaat) dan sebelum menjadi pemain pertahanan Brazil keenam bermain untuk Barcelona, Maxwell perlu lulus ujian perubatan biasa di pusat perubatan FC Barcelona di dalam stadium serta ujian lain di Hospital Barcelona. Setelah semuanya selesai, dia akan menandatangani kontraknya dengan Barcelona dan akan dipersembahkankan kepada pihak media di Sala Paris.

Sala Paris adalah bilik di atas Barça Botiga dalam halaman Camp Nou dan pemain akan diperkenalkan pada 7:30 malam (1:30 pagi waktu Malaysia) di mana dia akan menjawab soalan-soalan yang diajukan sebelum menuju ke Miniestadi untuk memakai kelengkapan baru Barcelona untuk sesi pengambaran.

Miniestadi digunakan kerana rumput padang di Camp Nou sedang digantikan. Keseluruhan acara akan disiarkan secara langung di Barça TV seluruh dunia dengan satu program khas bermula jam 5:30 petang (11:30 malam waktu Malaysia).