Ahad, Mei 17, 2009

7 Direhatkan 6 Dipanggil

Dengan gelaran kejuaraan Liga secara matemaiknya sudah berada di dalam tangan, Josep Guardiola telah memanggil 6 pemain Barça Atlètic menyertai skuad untuk menentang Mallorca dan merehatkan 7 pemain utama.

Pada Sabtu lepas, Guardiola telah pun menamakan 19 pemain yang akan diturunkan termasuk penjaga gol simpanan, Oier. Namun hari ini beliau mengambil keputusan untuk merombaknya kembali sebelum berangkat ke Mallorca. Keputusan ini dibuatnya selepas kekalahan Real Madrid di tangan Villareal awal pagi tadi yang memastikan Barça secara matematiknya juara Liga. Guardiola memilih untuk merehatkan beberapa orang pemain utama skuadnya untuk persiapan perlawanan akhir Liga Juara² pada 28 Mei nanti.

Enam pemain Barça Atlètic yang dipanggil adalah Abraham, Fontàs, Jeffren, Oier, Thiago dan Xavi Torres. Manakala Xavi, Messi, Puyol, Piqué, Touré Yaya, Sergio Busquets dan Pinto akan terus berada di Barcelona.

Sabtu lepas, Pinto terkehel buku lali kanannya semasa latihan dan Oier telah dipanggil sebagai pengganti. Ujian lanjutan pada pagi ini menunjukkan buku lalinya masih bermasalah dan sebagai langkah berjaga-jaga, Pinto juga tidak dibawa bersama ke Mallorca.

Selepas perlawanan awal pagi nanti di Ono Estadi, semua pemain dilepaskan dari latihan sehingga Rabu petang pada pukul 6 (12 pagi Khamis waktu Malaysia).

2 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

aku cuma berharap perlawanan tetap menghiburkan walaupun guna skuad bawahan.

nozbleed berkata...

Yeah... sudah tentu itu yg diharapkan oleh smue peminat.. disamping tu player² dari Barça Atlètic ni pon nk serlahkan bakat utk dipromote ke 1st team musim depan. Aku paling nk tgk Thiago n Gai Assulin main, tp malangye hanye Thiago yg tersenarai. Thiago n Gai adalah player² star dlm skuad Barça Atlètic. Aku dah pnah tgk die main mase wakil Spain U-17 beberape tahun lepas yg diorg jd juara tu.. mmg pengganti n bakal mewarisi Pep>Xavi>Cesc.. kalo die main japgi aku rase 1st time die main ngn skuad senior.. die xpnah lg rasenye... yg lain² sume dah pnah termasuk Víctor Sánchez, Abraham, Xavi Torres, Jeffren n Pedro. Fontàs pon blom pnah lg aku rase.

Aku harap Eto'o n Bojan skor nnt. Eto'o utk secure Pichichi n seterusnye pecah rekod 107 gol RM. Visca el Barca!!