Sabtu, Mac 28, 2009

Keirrison Idam Sarung Jersi Barça.

Kerrison pemain kelahiran Brazil yang kini bermain bersama Palmeiras tanpa berselindung menyatakan impian sejak kecil dalam karier bolasepaknya adalah mengikut jejak langkah pemain idolanya Romario bermain bersama FC Barcelona.

Pemain yang dikenali sebagai K9, baru-baru ini dikatakan telah mencapai persetujuan awal untuk berpindah ke Barça semasa pengarah sukan Barça, Txiki Begiristain berada di Brazil minggu lepas untuk melihatnya bermain.

Bagaimanapun akhbar sukan El Mundo Deportivo harini melaporkan, agennya, Marcos Malaquias menafikan kabar tersebut dan menyatakan yang dia tidak ada menerima apa-apa tawaran dari Barça tetapi mengaku ada berjumpa Txiki.

Agensi sukan, Traffic dikatakan memegang 80% saham perpindahan Keirrison manakala 20% lagi dimiliki oleh Palmeiras. Namun Keirrison telah menagaskan bahawa segala keputusan bergantung kepada dirinya sendiri kerana dia yang akan menentukan masa depannya.

Selain itu, Keirrison juga mengimpikan untuk bermain disamping Messi yang diakuiya sebagai pemain terbaik di dunia ketika ini. Berusia 20 tahun, Keirrison telah menjaringkan 57 gol dalam masa 14 bulan yang lepas. Ketika ditanya tentang kemungkinan akan berada di bangku simpanan sekiranya dia berhijrah ke Camp Nou untuk memberi laluan kepada Henry dan Eto'o, K9 berkata dia faham akan perbezaan generasi dan menerimanya. Malah dia teruja untuk berada dalam satu pasukan yang sama dengan Eto'o dan Henry yang akan menjadi aspirasinya.

Iniesta & Abidal Semakin Pulih.

Pagi ini, Abidal dan Iniesta dilihat menjalani latihan penting pemulihan kecergasan di Ciutat Esportiva bersama Carles Puyol. Ini adalah kali pertama kedua-dua pemain berlatih bersama bola sejak tercedera.

Abidal yang cedera semasa menentang Espanyol 5 minggu lepas dilihat semakin pulih. Dia dijangka pulih sepenuhnya selepas 8 minggu menjalani latihan pemulihan seperti yang ditetapkan oleh staf kesihatan kelab sebelum ini.

Sementara itu Iniesta yang alami kecederaan di paha Isnin lepas menentang Malaga juga dilihat semakin baik.

Bersama jurulatih Paco Seirullo, mereka dilihat berlatih menendang bola bersama kapten Puyol yang berada di peringkat akhir pemulihan dari kecederaan buku lali yang di alami semasa menentang Bibao.


Rabu, Mac 25, 2009

24 Gol Lagi.

Sehingga perlawanan liga ke 28 Isnin lepas, FC Barcelona telah menjaringkan 84 gol pada musim ini. 59 daripadanya dijaringkan oleh trio Messi, Eto'o dan Henry. Real Madrid di tempat ke-2 terbanyak setakat ini dengan 66 gol merupakan satu-satunya pasukan dari La Liga yang menjaringkan gol melebihi jumlah jaringan daripada trio penyerang Barça tersebut.

Dengan 84 gol pada tahap ini, kurang 3 gol menyamai pemegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu musim sepanjang zaman iaitu Real Madrid pada musim 1989/90. Di bawah kendalian jurulatih Wales, John Toshack, pasukan 'Serba Putih' tersebut telah menjaringkan 107 gol di dalam satu musim. Rekod tersebut kekal sehingga 19 musim dan Barça di bawah kendalian Pep Guadiola dilihat mampu untuk memadam rekod tersebut.

Dengan baki 10 perlawanan lagi, Barça perlu menjaringkan 24 gol untuk memecahkan rekod tersebut. Mungkin untuk menjaringkan 24 gol dalam 10 perlawanan agak susah namun melihatkan kepada prestasi semasa Barça, ianya tidak mustahil. Purata jaringan Barça sehingga kini adalah 3 gol seperlawanan, melebihi purata gol yang perlu Barça kekalkan untuk memadam rekod yang tercatat. Tambahan pula, Barça telah menjaringkan 24 gol hanya dalam 4 perlawanan pada musim ini dan mengulanginya dalam baki 10 perlawanan adalah sesuatu yang realistik.

Pada tahap ini, Barça di bawah kendalian Guardiola mempunyai statistik yang lebih baik berbanding Real Madrid di bawah kendalian Toshack dalam semua aspek. Bukan sahaja Barça telah menang 22 perlawanan berbanding Real Madrid dengan 20 perlawanan, malah Barça juga dilihat lebih kuat di bahagian pertahanan. Valdés hanya melepaskan 24 gol manakala Buyo telah bolos 27 kali sehingga perlawanan ke 28 pada musim 1989/90.

Iniesta Berehat Di Barcelona.

Andrés Iniesta tidak akan terlibat dengan 2 perlawanan menentang Turki dalam kelayakan Piala Dunia minggu hadapan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan Selasa lalu di Madrid dan disahkan kecederaan yang dialaminya. Pemain tersebut terus berangkat pulang ke Barcelona untuk berehat dan jalani pemulihan selepas makan tengah hari di sana.

Selain itu, Xavi yang berasa tidak selesa dengan tendon kakinya dan Piqué yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Malaga Isnin lepas kerana demam turut berangkat ke Madrid dan akan sertai pasukan Vicente del Bosque. Pemain Barça lain yang turut serta dalam pasukan Sepanyol ialah Sergio Busquets.

Selasa, Mac 24, 2009

11 Pemain Barça Dalam Perlawanan Antarabangsa.

11 pemain utama Barça terlibat dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang akan berlangsung antara Ahad hingga Khamis ini. Iniesta dan Touré yang pada awalnya turut tersenarai tidak dapat diturunkan kerana kecederaan semasa menentang Malaga pada perlawanan liga Isnin lepas namun Touré akan berangkat ke Ivory Coast untuk berada di bawah pantauan doktor pasukan kebangsaannya.

Selain itu, Xavi masih lagi belum pasti sama ada diturunkan atau tidak selepas kecederaan semasa menentang Malaga dan akan ke pusat sukan Lao Rozas hari ini untuk pemeriksaan oleh doktor pasukan Sepanyol. Piqué yang tidak beraksi menentang Malaga kerana tidak sihat, juga masih belum pasti dan tidak akan terlibat sehingga dia sembuh.

Ahad 29 Mac 2009

12 pagi: Togo v Cameroon
Eto'o

1 pagi: Sudan v Mali
Keita

2:45 pagi: Lithuania v Perancis
Henry

4 pagi: Uruguay v Paraguay
Cáceres

5 pagi: Sepanyol v Turki
Xavi & Piqué (belum pasti), Busquets

6:15 pagi: Argentina v Venezuela
Messi

Isnin 30 Mac 2009
6 pagi: Ecuador v Brazil
Dani Alves

Rabu 1 April 2009
11.30 malam: Kazakhstan v Belarus
Hleb

Khamis 2 April 2009
3 pagi: Turki v Sepanyol
Xavi & Piqué (belum pasti), Busquets

4 pagi: Perancis v Lithuania
Henry

4 pagi: Scotland v Iceland
Gudjohnsen

4.30 pagi: Bolivia v Argentina
Messi

7.10 pagi: Chile v Uruguay
Cáceres

9.10 pagi: Brazil v Peru
Dani Alves

Barça Benam Málaga 6-0.

Perlawana liga ke-28 berlangsung di Camp Nou pada 23 Mac 2009 pukul 2 pagi (waktu Malaysia).


FC Barcelona 6-0 Málaga CF

Xavi '18 (1-0)
Messi '24 (2-0)
Henry '32 (3-0)
Eto'o '42 (4-0)
Alves '50 (5-0)
Eto'o '56 (6-0)

Barisan Pemain :
Valdés

Alves
Márquez
Cáceres
Sylvinho

Xavi (67 Bojan)
Touré (18 Keita)
Iniesta (60 Gudjohnsen)

Messi
Eto'o
Henry

Kad Kuning:
Alves
Gudjohnsen

Pemain Simpanan:
Pinto
Botía
Víctor Sánchez
Hleb

Jumaat, Mac 20, 2009

Barcelona Bertemu Bayern.

FC Barcelona akan bertemu Bayern Munich pada suku akhir Piala Juara-Juara Eropah 2008/09 dan akan menentang pemenang Liverpool-Chelsea jika berjaya menundukkan Beyern ke separuh akhir.

Barcelona-Bayern Munich
Liverpool-Chelsea

Manchester United-Porto
Villarreal-Arsenal

Penulis sedang bercuti dan dijangka akan aktif semula pada minggu hadapan. Harap maklum.

Khamis, Mac 05, 2009

Barcelona ke Final Copa del Rey.



RCD Mallorca 1-1 FC Barcelona
(agreget 1-3)

Castro 45’ | Messi 82’




Selasa, Mac 03, 2009

Minggu Penuh Cabaran.

Minggu pertama bulan Mac bermula satu lagi minggu yg pnuh cabaran dengan 3 perlawanan menanti Barcelona.

Khamis 5 Mac 2009 - 5 pagi
Copa del Rey
RCD Mallorca
Ono Estadi

Ahad 8 Mac 2009 - 3 pagi
Perlawanan ke-26 Liga
Ath. Bilbao
Camp Nou

Khamis 12 Mac 2009 - 3:45 pagi
Piala Juara-Juara Eropah
Olympique Lyon
Camp Nou

Skuad Barça yang mula berlatih setiap hari bermula hari Isnin dan Selasa akan bertandang ke Majorca untuk perlawanan separuh akhir ke-2 Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) pada hari Rabu. Berbekalkan 2 gol pada perlawanan separuh akhir pertama di Camp Nou 6 Februari lepas mungkin meringankan sedikit beban namun prestasi semasa Barça yang tidak menentu dengan kekalahan 2 perlawanan domestik berturut-turut memaksa Barça bekerja keras untuk memastikan momentum kemenangan dan keyakinan para pemain kembali semula.

Laluan ke separuh akhir Copa del Rey.

Latihan tanpa Alves, Henry, Sylvinho dan Messi.


Latihan tertutup berlangsung di Ciudad Deportiva Joan Gamper pada 11:30 pagi Isnin. Kesemua pemain hadir kecuali Alves, Henry, Sylvinho dan Messi.

Alves lebam di buku lali akibat bertembung dengan Simao dalam perlawanan Isnin lepas manakala Henry mengalami masalah tendon di kaki kiri. Messi dan Sylvinho pula telah lakukan latihan khas pemulihan kecergasan.

Isnin, Mac 02, 2009

Keputusan Perlawanan Liga ke-25.

Perlawana berlangsung di Vicente Calderón pada 2 Mac 2009 pukul 2 pagi (waktu Malaysia).


Atlético Madrid 4-3 FC Barcelona

Forlan 32’, 78’ (pen.) | Henry 19’, 74’

Aguero 56’, 89’ | Messi 30’

Ahad, Mac 01, 2009

Ribéry & El Kun.

Spekulasi tentang Franck Ribéry berterusan apabila akhbar German Bild am Sonntag pula harini menyiarkan berita menyatakan pemain sensasi Perancis itu telah pun bersetuju untuk menyertai Barcelona untuk jangkamasa 4 tahun sama seperti yang dilaporkan oleh akhbar sukan Catalunya El Mundo Deportivo kelmarin.

Menurut akhbar German tersebut, Alain Migliaccio, wakil Ribéry yang menyebarkan spekulasi ini berkata "Jika Ribéry berpindah, dia hanya akan ke kelab yang hebat seperti Barcelona di mana kesemua pemainnya bertaraf bintang. Bermain di Barcelona sangat sesuai dan bagus untuknya," jelas Migliaccio pada stesen radio Catalunya, RAC-1.

Sementara itu, menurut akhbar sukan Catalunya, Sport, ada persetujuan antara Barcelona dan Atlético Madrid berkenaan pembelian Sergio 'Kun' Agüero yang mengutaman Barcelona dlm hal tersebut.

El Kun yang kecewa dan berasa tidak lagi diperlukan oleh kelabnya telah membuat keputusan untuk meninggalkan Vicente Calderón dengan mengarahkan wakilnya dari agensi IMG untuk memantau mana-mana kelab yang sanggup membayar klausa bayaran keluarnya sebanyak 55 juta euro (RM 257 juta).

Kontrak Agüero dengan Atlético tamat pada 2012 dengan bayaran 3 juta euro setahun.

Atlético Madrid Vs. FC Barcelona.


Atlético Madrid Vs. FC Barcelona
Vicente Calderón
Isnin 2 Mac 2009 . 2 pagi (waktu Malaysia)

Pedro & Victor Gantikan Piqué & Touré.

Guardiola menamakan 18 pemain yang akan ke Vicente Calderón untuk perlawanan liga ke 25 menentang Atlético Madrid pada pukul 2 pagi Isnin ini (waktu Malaysia).

Valdés, Pinto,
Alves, Puyol, Márquez, Cáceres, Sylvinho,
Xavi, Touré, Busquets, Gudjohnsen, Víctor Sánchez,
Messi, Bojan, Eto'oHleb, Henry, Hleb, Pedro.





Berbanding dengan perlawanan menentang Lyon pada Rabu lepas, perbezaan cuma Pedro dan Víctor Sánchez disenarai menggantikan Piqué (kad kuning ke 5) dan Keita (kad merah) yang digantung perlawanan.

Latihan hari ini dikejutkan dengan insiden Pinto tercedera semasa melakukan pemanasan. Sementara itu Piqué dan Milito tidak kelitahan sedangkan mereka diarah melakukan latihan individu. Walaupun tidak akan ke Madrid, Keita berlatih seperti biasa bersama Iniesta yang sudah mula turun berlatih minggu ini.

Masih cedera : Abidal, Milito.
Tidak disenaraikan: Joquera.

30 Juta Euro Untuk Ribéry, Bayern Berminat Dengan Hleb.

Barcelona akan membuat tawaran 30 juta euro (RM 140 juta) untuk Franck Ribéry dan persetujuan tidak rasmi dilaporkan telah dibuat antara kedua-dua pihak. Bayern yang sebelum ini pernah menolak tawaran dari Chelsea sebanyak 40 juta euro dijangka akan melepaskan juga pemain sayap mereka itu setelah pemain tersebut memberi tekanan untuk berpindah kelab.

Sementara itu, Presiden Bayern, Karl-Heinz Rummenigge telah bertanyakan tentang Hleb dan Laporta menyatakan pemain Belarus tersebut akan dijual jika ada kelab yang berminat. Hleb, yang dibeli dengan harga 15(+3) juta euro tahun lepas oleh Barça, mungkin akan dijual dengan harga 14 hingga 18 juta euro, yang ini akan mengurangkan kos untuk mendapatkan Ribéry, walaupun Hleb dikatakan lebih suka kembali ke Liga Inggeris atau Itali.

Laporan menyatakan Ribéry ditawar kontrak selama 4 (+2) tahun dengan gaji tetap sebanyak 5 juta euro oleh Barcelona.