Sabtu, Januari 16, 2010

Suasana Selepas Tersingkir Dari Copa del Rey

Suasana di bilik persalinan Stadium Sanchez Pizjuan di Seville selepas Barcelona tersingkir dari Copa del Rey sangat menyedihkan.

Messi tidak dapat menahan perasaan lalu rebah dengan air mata. Beberapa rakan dan kemudian Pep cuba menenangkannya. Para pemain lain dilihat menendang-nendang laluan ke bilik persalinan. Water cooler dihumban dan teriakan dengan penuh rasa kecewa dapat didengar di bilik persalinan tersebut.

Guardiola kemudian menyatakan kekalahan tersebut bukan salah para pemain dan dia sendiri yang patut dipersalahkan kerana dengan kredibeliti yang ada pada para pemain, dia sepatutnya dapat membawa Barcelona jauh lebih baik. Pep juga menghargai komitmen dan dedikasi para pemain dan bangga kerana mereka bermain habis-habisan untuk menang.

Di dalam sidang media bersama Puyol pada hari kemudian, kapten pasukan Blaugrana tersebut menyangkal kata-kata Pep dan menyatakan bahawa para pemain amat berbangga dengannya.

Dia kemudian menegaskan bahawa para pemainlah yang bertanggungjawab menentu kalah menang perlawanan, menolak kata-kata Pep yang menyalahkan dirinya.

Rabu, Januari 13, 2010

Valdés Ke-6 Terbaik Dunia

Kesatuan Antarabangsa Sejarah & Statistic Bolasepak (IFFHS) telah menamakan Víctor Valdés,
penjaga gol ke enam terbaik di dunia.

Senarai Penjaga Gol Terbaik Dunia IFFHS

Valdés juga merupakan pemegang Piala Zamora bagi musim 2008/09.
Kali pertama dimenanginya ialah pada musim 2004/05.

Esok, 14 Januari, merupakan ulang tahun kelahiran Valdés yang ke 28.

Piala Ricardo Zamora = Piala yang dianugerahkan kepada penjaga gol
yg mempunyai nisbah "goals-to-games" terendah.
Dinamakan sempena lagenda penjaga gol Sepanyol,
Ricardo Zamora.

Selasa, Januari 05, 2010

Copa del Rey 1/8: Sevilla FC

FC Barcelona Vs. Sevilla FC
Camp Nou, Barcelona
Rabu, 6 Januari 2010
5 pagi