Jumaat, Mei 15, 2009

Denda 500 Euro & Ujian Dadah Semasa Latihan.

Hari ini bermula latihan pertama Barça setelah berjaya meraih Piala Raja Sepanyol. Walaupun semuanya berjalan dengan baik untuk Barça, namun Pep Guardiola tidak mahu sesiapa atau apa pun membantutkan dinamik tersebut dan dengan sebab itu latihan dimulakan seawal hari Jumaat. Namun beberapa pemain tidak kelihatan pada masa yang di tetapkan- Alves, Gudjohnsen, Touré, Xavi, Messi dan Eto'o. Beberapa minit kemudian seorang demi seorang muncul dan disambut Pep dengan muka serius sambil melihat jam tangannya. Seperti yang dipersetujui dan ditetapkan kelewatan menghadiri latihan akan dikenakan denda, walaupun lewat seminit, 5 minit atau 10 minit, denda yang dikenakan adalah sama dan di dalam kes ini denda dikenakan adalah sebanyak 500 Euro (RM 2399) seorang. Di dalam sidang akhbar selepas sesi latihan, Yaya Touré menyatakan ia adalah keputusan yang baik dan menghormati polisi jurulatih dan kelab.

Ketika sesi latihan ini juga, Barça dikejutkan dengan kehadiran anggota unit kawalan dadah dari UEFA tanpa diduga. Sepuluh pemain dipanggil selepas tamat latihan untuk menjalani ujian dadah iaitu Alves, Iniesta, Puyol, Eto'o, Henry, Milito, Sylvinho, Pinto, Sergio Busquets dan Keita. Kesemua mereka disahkan tiada masalah dengan dadah.

Dengan hanya satu mata diperlukan untuk menjadi juara liga, Barça dilihat mempunyai peluang yang baik untuk mencapainya minggu ini. Dan jika ianya menjadi kenyataan, mereka akan dapat menikmati 10 hari tanpa tekanan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada perlawanan akhir Liga Juara² yang akan berlangsung di Rom nanti.

Kesemua pemain berlatih kecuali Milito, Márquez, Jorquera, Iniesta dan Henry yang cedera. Manakala Piqué hanya berlatih beberapa minit sebelum beredar dan menerima rawatan spesifik. Turut sertai mereka, 6 pemain Barça Atlètic yang tiada lagi perlawanan rasmi. Mereka adalah Gai Assulin, Xavi Torres dan Abraham (yang berlatih bersama sejak Selasa lalu) dan Thiago, Botía dan Fontàs.


Selain menang atau seri dengan Mallorca awal pagi Isnin nanti, kejuaraan liga juga dapat ditentukan awal selepas perlawanan antara Villareal menentang Real Madrid pada Ahad ini (4 pagi). Seri atau kalah ditangan Villareal memberi keselesaan dan seterusnya menobatkan Barça sebagai juara liga musim 2008/09 tanpa perlu memenangi baki 3 perlawanan termasuk perlawanan menentang Mallorca pada keesokan harinya. Jika Barça mencapai kejuaraan berganda musim ini (Liga dan Copa), ini bermakna Guardiola berjaya mengulangi pencapaian Van Gaal pada musim 96/97 iaitu pencapaian Barça 11 tahun yang lalu.

Selain itu, Barça mempunyai peluang yang baik untuk melakar satu lagi sejarah, iaitu membenam rekod jaringan terbanyak dalam satu musim yang masih di pegang oleh Real Madrid pada musim 89/90 dengan 107 gol. Jumlah jaringan Barça ketika ini adalah 103 gol, hanya 4 gol untuk menyamai rekod tersebut dan 5 gol untuk memadamnya. 5 gol dalam 3 perlawan dapat dicapai melihatkan prestasi semasa Barça yang memberangsangkan ini.

1 ulasan:

nozbleed berkata...

Memandangkan xde lg tekanan utk La Liga sbb agak mustahil Real Madrid untuk menang semua 3 baki perlawanan smbil harapkan Barca kalah ketiga-tiganya (memang mustahil), jadi bleh dikatakan Barca hanya tunggu masa untuk raikannya minggu ni.

Oleh sebab tu, aku jangka dan harapkan baki 3 perlawanan ni Pep turunkan reserve team terutamanya untuk game Mallorca ni sbb kite perlukan semua key player fit untuk final UCL nnt. Hanya 4 pemain dari Barca Atletic yg Pep bleh gunekan tak termasuk Pedro dan Victor Sanchez yg dah mmg tersenrai nama dlm 1st team sblum ni.

Valdes plak hampir pasti akan menang Zamora (pingat utk keeper terbaik La Liga ikut kebolosan gawang) jadi, peluang untuk Pinto (bekas pemenang Zamora) abiskan perlawanan musim ni.

Bagi Eto'o, agak sengit utk menang Pichichi (pingat utk penjaring terbanyak La Liga) dengan prestasinya kurang menyengat sejak akhir² ni & tambahan plak Diego Forlan dah hampiri jumlah jaringan Eto'o. Eto'o = 28, Forlan = 27, Villa = 25.