Ahad, Mei 17, 2009

Barça Juara La Liga 2008/09!!

Selepas 4 hari menjulang Piala Raja Sepanyol, Barcelona kini telah dinobatkan sebagai juara Liga ke 19 bagi musim 2008/09 dan melengkapkan juara berganda. Ini bermakna musim ini telah pun manjadi kejayaan yang hebat buat Barça dan masih berpeluang menambah kejuaraan di perlawanan akhir Liga Juara² di Rom 28 Mei nanti.

Walaupun Liga masih berbaki 3 perlawanan tetapi secara matematiknya Barça telah pun menjadi juara Liga untuk musim ini setelah Real Madrid kalah 3-2 di tangan Villareal di El Madrigal awal pagi tadi. Real Madrid yang sebelum ini 8 mata di belakang Barça setelah Villareal berjaya menghalang Barça dari meraikan kejuaraan Liga lebih awal pada minggu lepas apabila Llorente berjaya menyamankan kedudukan 3-3 pada masa kecederaan. Misi Real Madrid untuk menjadi juara Liga kali ke 3 berturut-turut nampak mustahil apabila terpaksa memenangi 3 baki perlawanan sambil mengharapkan Barça kalah ketiga-tiga perlawanan tersebut untuk menjadi juara. Dan akhirnya mereka tersungkur di El Madrigal manakala Barça pula tidak perlu memenangi ketiga-tiga baki perlawanan untuk menjadi juara Liga.

Kejayaan ini memberi keselesaan kepada skuad Pep Guardiola untuk menumpukan perhatian pada perlawanan akhir Liga Juara² menentang Manchester United 10 hari lagi. Awal pagi Isnin nanti Barça akan bertandang ke Ono Estadi menentang Mallorca bagi menghabiskan sisa baki perlawanan dan semestinya Barça akan bermain tanpa tekanan sambil Guardiola berpeluang untuk merehatkan pemain² utamanya disamping memberi peluang kepada pemain simpanan untuk beraksi.

2 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

...tapi kalau lewat turun training tetap kena denda gak,kan?

huahuaa..500 euro tu,bagi dorang ciput tu..bagi aku,dua-tiga bulan belanja hahaha!

nozbleed berkata...

Haha... sbbtu diorg amik ringan je.. tp aku respek jgak la diorg ni sbb bleh kate diorg sume star tp masih lg ikut peraturan n hormat Pep.. mgkin kemarin tu terlampau ltih.. pas abis final copa tu diorg celebrate kat sane lg.. dah lepas turun flight kat el prat, celebrate kat camp nou plak lg.. tahniah utk Pep sbb dpt disiplinkan star² kite..