Jumaat, September 25, 2009

Ibrahimović Sertai Latihan

Zlatan Ibrahimović disenaraikan dalam skuad Barça yang akan menentang Málaga setelah sembuh dari kecederaan buku lali.

Penyerang Sweden tersebut tercedera di awal separuh masa kedua semasa menentang Racing Santander Rabu lepas. Permeriksaan awal menjangkakan dia tidak dapat beraksi untuk perlawanan yang akan berlangsung pada awal pagi Ahad nanti di Andalucia. Namun selepas dua hari berehat, Ibrahimović turun berlatih pada hari Jumaat pagi dan diberi lampu hijau untuk turut disenaraikan dalam senarai 19 pemain skuad Guardiola.

Setelah berehat pada hari Khamis, Barça berlatih kali terakhir pada pagi Jumaat sebelum berangkat ke Málaga pada hari perlawanan nanti. Mereka dijadualkan meninggalkan Camp Nou pada 9 pagi (3 petang waktu Malaysia) dan terbang pada pukul 10 pagi sebelum tiba di destinasi sejam 25 minit kemudian.

19 pemain yang disenaraikan:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Chygrynskiy, Piqué, Márquez, Abidal, Maxwell
Xavi, Touré, Busquets, Keita, Iniesta,
Jeffren, Messi, Ibrahimovic, Henry, Pedro

Seperti biasa seorang pemain akan digugurkan sebelum perlawanan bermula dan terpaksa menyaksikan permainan di tempat duduk penonton. Gabriel Milito dan Bojan Krkic masih lagi belum sembuh dari kecederaan.


Tiada ulasan: