Sabtu, Oktober 17, 2009

18 Pemain Di Namakan

Pep Guardiola telah namakan 18 pemain untuk menentang Valencia pada awal pagi Ahad nanti. Hanya 3 pemain yang cedera dan tidak dapat beraksi iaitu Thiery Henry, Dmytro Chygrynskiy dan Gabriel Milito.

Pada sesi latihan petang Jumaat lepas, selain dapat menyaksikan Ibrahimovic kembali beraksi, pemain tengah Juvenil A, Martí Riverola juga turut serta setelah perlawanan yang sepatutnya dia terlibat telah ditangguhkan minggu ini.

Seramai 21 pemain telah ambil bahagian dalam sesi latihan tersebut di Ciutat Esportiva Joan Gamper manakala Chygrynskiy dan Milito berlatih sendiri jauh dari rakan-rakan lain. Hanya Henry sahaja yang tidak hadir atas sebab kecederaan.

Skuad Barça kini telah pun berada di Valencia setelah tiba pada pukul 12:25 tengah hari (6:25 petang) tadi dan berehat di hotel Westin Valencia sebelum bertolak ke Mestalla. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada pukul 10 malam (4 pagi). Kemudian mereka akan bermalam di Valencia seterusnya pulang ke Barcelona pada tengah hari Ahad.

Senarai pemain yang di namakan:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Piqué, Márquez, Abidal, Maxwell,
Touré, Busquets,
Xavi, Keita, Iniesta,
Messi, Jeffren, Ibrahimovic, Bojan, Pedro



Tiada ulasan: