Sabtu, Julai 31, 2010

Pep Bawa 28 Pemain ke Asia

Pep Guardiola telah umumkan nama 28 pemain yang akan dibawa untuk persahabatan pra-musim jelajah Asia.

Pinto, Miño, Oier

Milito, Maxwell, Abidal, Alves, Adriano, Fontàs,
Muniesa, Armando, Dalmau, Ilie, Sergi Gómez

Keita, Hleb, Riverola, Jonathan dos Santos,
Víctor Sánchez, Víctor Vázquez

Messi, Ibrahimovic, Sergi Roberto,
Jonathan Soriano, Benja, Edu Oriol, Nolito, Tello

Bojan dan Jeffren tidak dibawa kerana dipanggil sertai pasukan Sepanyol Bawah 21 untuk perlawanan kelayakan Eropah menentang Finland pada 11 Ogos.

Messi dan Alves turut disenaraikan setelah kembali dari cuti Piala Dunia. Manakala Hleb turut diberi peluang untuk beraksi.

Oleh kerana ramai pemain utama Barça masih bercuti (8 pemain kebangsaan Sepanyol: Valdés, Piqué, Puyol, Busquets, Xavi, Iniesta, Pedro & Villa), 17 pemain daripada Barça B dibawa termasuk Fontàs dan Vázquez yang baru pulih dari kecederaan.

Skuad Pep ini dijadualkan terbang ke Seoul pada pukul 4 petang tadi dari lapangan terbang El Prat.

Perlawanan persahabatan pra-musim jelajah Asia ini akan berlangsung pada hari Rabu menentang pilihan Liga Korea (K-League) dan kemudiannya skuad Barça akan terbang ke China untuk berhadapan dengan Beijing Guoan pada hari Ahad.

Tiada ulasan: