Ahad, September 27, 2009

6 Pemain Tiada Dalam Latihan

Selepas perlawanan menentang Màlaga, 6 pemain tidak terlibat dalam sesi latihan regangan pada pagi Ahad.

Chygrynskiy dan Henry masih lagi dirawat selepas kecederaan dalam perlawanan kelmarin.

Sementara itu, Messi, Ibrahimovic, Alves dan Xavi buat latihan regangan di dalam gim dan tidak sertai rakan lain di padang untuk pastikan mereka dalam keadaan terbaik untuk perlawanan Liga Juara² menentang Dynamo Kiev awal pagi Rabu ini.

Terdapat pembaharuan pada sesi latihan pagi tadi dengan kehadiran Rafa Alcántara dari Junior B, adik kepada Thiago Alcántara, pemain Barça Atlètic. Pemain yang berada di bawah jagaan Segi Barjuan ini untuk pertama kalinya diberi peluang untuk berlatih di bawah skuad utama Pep Guardiola.


Tiada ulasan: