Isnin, September 21, 2009

19 Pemain Untuk Santander

Josep Guardiola akan membawa kesemua pemain yang ada ke ibu kota Cantabria untuk menghadapi perlawanan liga ke 4 musim ini menentang Racing Santander.

Setelah berehat(cuti) pada hari Ahad, pasukan utama Barça kembali berlatih pada hari Isnin.
19 pemain telah diumumkan oleh Guardiola setelah tamat sesi latihan termasuk Gerard Piqué yang telah sembuh dari kecederaan pada perlawanan awal pagi Ahad lepas.

Skuad Barça akan meninggalkan Ciudad Deportiva Joan Gamper pada pukul 10 pagi (4 petang waktu Malaysia) menuju ke lapangan terbang El Prat dimana mereka akan terbang ke Santander pada pukul 11 pagi dan dijangka tiba sejam 20 minit kemudian.

Perlawanan antara Racing dan Barcelona ini akan berlangsung pada pukul 10 malam (4 pagi) dan para pemain akan bermalam di Santander sebelum pulang ke Barcelona pada pagi Rabu. Mereka dijangka akan tiba pada pukul 12:20 tengah hari dan terus menuju ke Ciudad Deportiva untuk sesi latihan.

Senarai pemain yang diumumkan semasa sesi latihan:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Piqué, Chygrynskiy, Márquez, Abidal, Maxwell
Touré, Keita, Sergio Busquets, Xavi, Iniesta
Jeffren, Messi, Ibrahimovic, Henry, Pedro

Pep akan putuskan pemain yang akan digugurkan dari perlawanan sejam sebelum perlawanan bermula.



Tiada ulasan: