Sabtu, Ogos 14, 2010

Skuad Tiba di Seville

Skuad Barça telah tiba di Seville untuk perlawanan Piala Super Sepanyol pertama di Sanchez Pijuan awal pagi nanti.

Penerbangan daripada Barcelona tadi selamat mendarat pada pukul 12:20 tengah hari (6:20 petang). Bersama skuad dan staff adalah 3 ahli lembaga kelab iaitu Jordi Cardoner, Ramon Pont dan Pilar Guinovart dan juga Andoni Zubizarreta yang turut bersama untuk menyaksikan perlawanan nanti.

Perlawanan dijangka akan bermula pada pukul 9:30 malam (3:30 pagi waktu Malaysia). Ini adalah perlawanan timbal-balik pertama & merupakan peluang skuad Bercelona untuk menggondol piala yang pertama untuk musim baru 2010/11 ini.

imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com

Para pemain yang dipilih dan dibawa Pep untuk perlawanan ini adalah:

Miño, Oier

Milito, Alves, Maxwell, Adriano,
Abidal, Muniesa, Sergi Gómez

Keita, Thiago, Jonathan dos Santos

Messi, Ibrahimovic, Bojan, Jeffren,
Oriol Romeu, Sergi Roberto, Nolito


Manakala 11 pemain utama yang tidak tersenarai ditinggalkan untuk berehat dan jalani latihan kecergasan di Barcelona. Mereka adalah: Valdés, Puyol, Piqué, Sergio, Xavi, Iniesta, Pedro, Villa, Cáceres, Hleb dan Víctor Sánchez.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

barca 3 - sevilla 1...eh silap, sevilla 3 - barca 1 kah kah..