Rabu, Ogos 18, 2010

Abidal & Keita di Bulan Ramadhan


Abidal & Keita adalah 2 pemain yang beragama Islam di FC Barcelona.

Éric Sylvain Abidal, merupakan penganut kepercayaan Katolik yang kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Bilal Abidal setelah berkahwin dengan Hayet Kebir pada tahun 2007.

Bersama Seydou Ahmed Keita, mereka berdua yang sedang dalam persiapan musim baru bersama skuad Barça tidak ketinggalan menunaikan kewajipan Rukun Islam ke-3 tahun ini.

Mengikut laporan daripada pihak pengurusan teknikal dan kesihatan FC Barcelona, mereka menyediakan diet minima istimewa di bulan Ramadhan untuk kedua pemain tersebut untuk mengelak kekurangan air dan masalah fizikal yang lain semasa bermain.

Keita jaringkan 6 gol semasa Ramadhan tahun lalu dan beliau dilihat sujud setiap kali menjaringkannya tanda syukur kepada Allah.


Manakala Abidal sering dilihat berdoa setiap kali masuk ke padang sebelum memulakan perlawanan.

Berbeza dengan Ramadhan tahun ini, pada tahun lalu, Abidal, Keita & Yaya Touré menyatakan mereka menangguh puasa sehingga habis musim atas dasar profesion mereka sebagai pemain bolasepak yang memerlukan tenaga yang cukup untuk bermain.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni Abidal & Keita berpuasa walaupun jadual perlawanan agak padat.

Takbir!

Tiada ulasan: