Jumaat, Ogos 20, 2010

24 Pemain diPanggil Untuk Latihan Esok

Pep Guardiola telah panggil 24 pemain untuk latihan terakhir esok sebelum perlawanan timbal balik ke-2 Piala Super Sepanyol (Supercopa de España).

22 pemain adalah pemain utama skuad Barça termasuk José Manuel Pinto yang sudah disahkan cergas, manakala 2 lagi pemain Barça B iaitu Thiago Alcántara & Jonathan dos Santos.

Latihan tertutup di Camp Nou dijadualkan pada pukul 11:30 pagi esok & kemudian para pemain akan balik untuk berehat sebelum datang semula pada pukul 7 malam sebelum Pep umumkan senarai pemain yang terpilih.

3 pemain Barça B: Sergi Gómez, Oriol Romeu dan Rubén Miño kembali berlatih dengan Luis Enrique pada pukul 7 petang tadi.

Selepas perlawanan menentang Sevilla esok berakhir, skuad Barça diberi rehat pada hari Ahad. Mereka akan kembali berlatih pada hari Isnin, 9 pagi untuk persediaan Piala Joan Gamper menentang AC Milan (yang juga akan menjadi perlawanan penghormatan buat bekas pemain Barça, Ronaldinho) pada awal pagi Khamis depan.

Tiada ulasan: