Selasa, Ogos 17, 2010

Gambar Rasmi Skuad Barça 2010/11


Buat pertama kalinya gambar rasmi skuad Barcelona untuk musim baru ini diambil bersama pemain² baru dan juga 8 pemain daripada pasukan junior.

Gambar untuk UEFA ini diambil pada pukul 8 pagi di padang kompleks latihan Ciutat Esportiva Joan Gamper setelah para pemain mengenakan kelengkapan baru musim 2010/11.

Setelah gambar berkumpulan diambil, gambar individu turut dirakamkan untuk membolehkan UEFA menyimpan koleksi gambar² pemain bintang.

8 pemain muda yang turut serta: Oier Olazábal, Rubén Miño, Sergio Gómez, Jonathan dos Santos, Thiago Alcántara, Oriol Romeu, Víctor Vázquez & Andreu Fontàs juga bergambar bersama jurulatih penjaga gawang baru, Carles Busquets.

Éric Abidal tidak sertai aktiviti ini setelah berlepas ke Paris untuk beri keterangan kepada Suruhanjaya Disiplin Persatuan Bolasepak Perancis. Gambar Aliaksandr Hleb juga tidak diambil kerana situasi kontraknya bersama kelab.

imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com

Gambar rasmi Skuad Barça 2010/11 bersaiz besar akan aku letak disini untuk dimuat-turun. Sabar!

Tiada ulasan: