Ahad, Ogos 22, 2010

Barcelona Juara Supercopa Kali ke 9!

Kemenangan 4-0 FC Barcelona ke atas Sevilla FC awal pagi tadi merupakan kemenangan Piala Super Sepanyol untuk kali ke 9 yang mencatatkan statistik dan rekod baru dalam sejarah kelab.

Fakta perlawanan:

  • 7 daripada 8 pemain Barça yang memenangi Piala Dunia bulan lepas beraksi untuk kali pertama, hanya Carles Puyol sahaja yang berada di bangku simpanan.
  • Tiada kelab yang pernah menang Piala Super setelah kalah pada perlawanan timbal balik pertama dengan ketinggalan 2 gol.
  • Maxwell berjaya merampas bola daripada pihak lawan sebanyak 10 kali, bilangan terbanyak berbanding pemain lain.
  • Seperti biasa, Xavi adalah pemain yang paling banyak membuat hantaran iaitu sebanyak 134 kali.
  • Víctor Valdés adalah pemain paling kurang dapat menyentuh bola kerana Sevilla hanya sekali berjaya merembas bola ke gawang.
  • Dani Alves melakukan hantaran ke dalam paling banyak dengan 10 kali manakalan Xavi hanya 4 kali.
  • Barça telah kalahkan Sevilla 4-0 sebanyak 3 kali dalam 4 kali pertemuan sebelum ini di Camp Nou.
  • Puyol, Xavi, Andrés Iniesta, Valdés dan Messi dengan ini telah memenangi Piala Super sebanyak 4 kali.
  • Barça merupakan kelab yang paling banyak memenangi Piala Super: 9 kali, diikuti Real Madrid, 8 kali dan Deportivo de La Coruña, 3 kali.

Tiada ulasan: