Isnin, Ogos 16, 2010

Pemain Malaysia di Barcelona B?

Hari yang agak mengejutkan.
Tatkala sibuk aku teliti nama pemain² FC Barcelona B di wikipedia, terpandang satu nama Melayu dengan bendera Malaysia di sebelah yang menunjukkan kewarganegaraan pemain.


Sumber: Wikipedia

Muhammad Firhard Roslan?

Dua-tiga hari sebelum ni aku buka wikipedia, tak perasan pulak ada nama ni.
Tulisan berwarna merah di wikipedia menunjukkan tiada maklumat lanjut tentang pautan tersebut, tapi aku cuba juga klik untuk kepastian.

Memang tiada maklumat.

Aku tak puas hati, cuba Google & akhirnya jumpa satu lagi maklumat di wikipedia:


Sumber: Wikipedia

Betul atau tak, aku tak pasti. Mungkin aku tak ambil tau langsung pasal perkembangan bolasepak Malaysia? Atau mungkin ini maklumat palsu? Yang agak pelik, nama Firhard ni tersenarai dalam senarai pemain Malaysia Bawah-23 yang kesemuanya dalam lingkungan usia 20-23 tahun. Manakala usia Firhard (15 tahun) jauh lebih muda dan sepatutnya berada dalam skuad kebangsaan yang lebih muda (Bawah-18).

Kemudian, aku buka laman rasmi FAM, skuad muda Malaysia hanya ada 3: Bawah-23, Bawah-19 dan Bawah-18. Tiada nama Firhard dan lebih malang lagi laman tak dikemaskini.

Usaha terakhir aku seterusnya untuk pastikan kesahihan maklumat ni, aku buka laman rasmi FC Barcelona, tapi hampa bila maklumat di bahagian pemain muda juga masih belum dikemaskini.

Kalau betul Muhammad Firhard Roslan ni sedang berada di salah sebuah akademi bolasepak terkemuka dunia: FC Barcelona atau dikenali dengan nama 'La Masia', alangkah bangganya aku, bukan calang² atau senang nak masuk akademi sehebat La Masia.

Aku harap Firhard ambil peluang ni sebaik mungkin & tak mustahil dia akan main dengan skuad utama Barcelona satu hari nanti kalau berita ni sahih. Sebabnya, untuk sertai La Masia, khususnya skuad Barcelona B, pemain tu mesti menjadi 'wonder kid'.

Sesiapa yang tau tentang maklumat ni sahih atau palsu. Sila kongsi bersama.
Gracias.

4 ulasan:

Holden Caulfield berkata...

wikipedia.expect ape..dah tentu ada orang gilak nak mengedit.

gua dulu pun pernah edit kat wikipedia yang gua ni manager manchester united menggantikan alex ferguson.kah kah kah!

Blaugrana.Malaya berkata...

Haha.. tuh la yg aku pikirkan..
xleh percaye sgt wikipedia, sbbtu aku check dgn official sourse.

xleh masuk akademi, leh letak name kt wikipedia pon jadi la ye.. huhu

Blaugrana.Malaya berkata...

Aku baru lepas bukak balik wikipedia FC Barcelona B, name Firhard dah xde, dkat wikipedia FAM masih lg ade & name bdak² lain yg xde detail tu pon aku rase same je.. ade org saje gatal tangan. -_-'

Tanpa Nama berkata...

sape terre bab edit mengedit wikipedia ni tolong edit nama samsuri mustafa untuk goal keeper yang pernah score. aku dah buat tp x chomey