Rabu, Ogos 18, 2010

Barça Akan Berkunjung ke Split Musim Depan

FC Barcelona dilaporkan akan berkunjung ke Croatia musim depan untuk perlawanan persahabatan dengan HNK Hajduk Split sempena sambutan 100 tahun penubuhan kelab tersebut.

Split adalah salah satu kelab yang sedang bersaing dalam divisyen pertama liga Croatia dan juga di Liga Europa.

Berita ini disahkan oleh presiden mereka, Joško Svaguša semalam yang sangat teruja untuk menerima kunjungan Barça.

Bagaimanapun kelab Croatia tersebut tidak menyatakan terma kontrak, jumlah bayaran atau sama ada Barça dikehendaki bawa bersama pemain² utama.

Tarikh pertemuan kedua-dua kelab ini jatuh pada musim panas 2011 yang mana mungkin akan dimasukkan sebagai perlawanan pra-musim bagi persediaan Barça untuk musim baru 2011/12.

Tiada ulasan: