Isnin, Ogos 23, 2010

Rekod Jaringan Messi

Jaringan hatrik Lionel Messi ketika menang ke atas Sevilla awal pagi Ahad lepas mencatatkan rekod baru jaringan peribadi beliau di Barcelona iaitu 130 jaringan menyamai jumlah jaringan Rivaldo dan Samuel Eto'o.

Dalam masa yang singkat, Messi telah menjaringan gol yang banyak ditambah dengan 6 hatrik yang mengagumkan dan 4 golnya yang membenam Arsenal di Liga Juara².

Tiada lagi pemain setakat ini yang mampu beri saingan kepada Messi dengan kehebatannya menjaringkan hatrik. Dalam tahun 2010 sahaja setakat ini dia telah menjaringkan 5 kali hatrik iaitu ketika menentang Tenerife, Valencia, Real Zaragoza, Arsenal dan terbaru Sevilla.

Penjaga gol Sevilla, Andrés Palop adalah mangsa utama Messi dengan 11 kali dibolosi (8 gol di La Liga dan 3 di Piala Super). Iker Casillas merupakan mangsa kedua iaitu dengan 7 kali dibolosi Messi.

Lionel Messi dan Txiki Begiristain berkongsi kedudukan dengan jumlah 5 jaringan di dalam Piala Super Sepanyol. Messi hanya perlukan satu gol lagi untuk menyamai rekod Hristo Stoichkov dengan 6 jaringan.

Tahun lepas, nama Messi tercatat di dalam senarai 10 penjaring terbanyak dalam sejarah Barcelona dan sekarang, namanya telah melonjak naik ke tangga ke 7.

  1. César Rodríguez Álvarez - 235
  2. Ladislao Kubala - 194
  3. Josep Samitier - 178
  4. Josep Escolà - 164
  5. Paulino Alcántara - 137
  6. Ángel Arocha - 134
  7. Rivaldo, Samuel Eto'o & Lionel Messi - 130
  8. Patrick Kluivert & Carles Rexach - 122
  9. Hristo Stoichkov - 117
  10. Eulogio Martínez - 111
  11. Luis Enrique - 109
Leo Messi telah pun mengatasi beberapa nama lagenda Barcelona seperti Stoichkov, Kluivert, Rexach, Eulogio Martínez dan Luis Enrique.

1 ulasan:

Blaugrana.Malaya berkata...

Senarai jaringan hatrik Messi:

Musim 2006/07
-------------
10 Mac: El Clásico (3-3)

Musim 2008/09
-------------
6 Jan: Copa del Rey 1st Leg Round Of 16 Vs. Atlético Madrid (1-3)

Musim 2009/10
-------------
10 Jan: La Liga 17, Vs. Tenerife (0-5)
14 Mac: La Liga 26, Vs. Valencia (3-0)
21 Mac: La Liga 27, Vs. R.Zaragoza (2-4)
6 Apr: UCL Q.Final 2nd Leg, Vs. Arsenal (4-1) (Messi: 4 gol)

Musim 2010/11
-------------
21 Ogos: Supercopa 2nd Leg, Vs. Sevilla (4-0)