Xavi Hernandez puji impak yang dibuat Zlatan Ibrahimović bukan sahaja kerana kehebatannya di padang tetapi impak paling besar ialah di dalam bilik persalinan, menurut pemain pertahanan Barcelona tersebut.
Katanya, "Dia baru sahaja memulakan pengembaraan yang akan berlangsung sehingga lima tahun. Dia telah mengejutkan saya kerana dia selalu berlawak sedangkan sebelum ini saya fikir dia seorang yang serius. Semua orang kata dia seorang yang janggal tetapi pada hakikatnya tidak. Dia sangat disukai dan sesuaikan diri dengan baik sekali."

"Dia telah mengejutkan saya kerana dia selalu berlawak sedangkan sebelum ini saya fikir dia seorang yang serius."
- komen Xavi terhadap Ibrahimović.
"Mungkin Mourinho lebih fokus pada pertahanan manakala Pep lebih romantik dan inginkan permainan yang cantik selain kemenangan." - Xavi Hernandez.Xavi melihatkan banyak persamaan di antara tactician Portugis tersebut dengan Pep Guardiola. Dia menambah, "Saya bersamanya selama 3 tahun ketika dia (Mourinho) menjadi penolong kepada Louis Van Gaal dan banyak yang telah saya pelajari."
"Dia sama seperti Guardiola di mana mereka berdua obses dengan kerja. Mungkin Mourinho lebih fokus pada pertahanan manakala Pep lebih romantik dan inginkan permainan yang cantik selain kemenangan."
2 ulasan:
Bang Berahim memang mantap.Aku rasa dia masa kat Inter ada sindrom malas,tapi bila kat Barca dia jadi rajin lak.
Betul la kata pakar psikologi Sigmund Freud,"orang malas ni kalau diberi tempat yang dia minat dia tak jadi malas".
Dia memang fan Barca rupanya.
Hhmm... aku stuju.. setengah org mgkin nk tgk die skor je... n bile die xskor org peleceh die.. Cube bukak youtube game kemarin tgk contribution die, die pnye ball handling, first touch, ball control, skill, pass.. sume dasat.. mmg patut digelar Ibracadabra. Nih link youtube die : http://www.youtube.com/watch?v=HxCARToF-88
Catat Ulasan