Selasa, September 15, 2009

Barça Tiba Di Milan

Skuad Guardiola telah berada di Milan ketika ini. Bertolak dari Lapangan Terbang El Prat pada pukul 11:20 pagi (5:20 petang waktu Malaysia) dan tiba di Milan satu jam lima minit kemudian.

Skuad Barça menginap di Hotel Melia Milano yang terletak di Via Masaccio, Itali. Pada pukul 6:15 petang (12:15 pagi) nanti, Pep Guardiola dan Carles Puyol akan terlibat dengan sidang media dan seterusnya semua pemain akan ke Giuseppe Meazza di mana tempat perlawanan akan berlangsung nanti untuk sesi latihan.

Senarai 19 pemain yang dipilih Pep Guardiola semalam yang dibawa ke Milan:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Marquez, Piqué, Chygrynskiy, Maxwell, Abidal
Touré, Busquets, Keita, Xavi, Iniesta
Messi, Jeffren, Ibrahimović, Henry, Pedro

Chygrynskiy tidak dapat bermain dalam Liga Juara² untuk Barcelona kerana telah bermain dengan Shakhtar Donetsk pada musim ini sebelum berhijrah ke Camp Nou namun Pep putuskan untuk bawanya bersama supaya lebih serasi dengan rakan sepasukan.

Tempat penginapan skuad Barça ketika di Milan, Hotel Melia Milano:


Gambar ketibaan skuad Barça di Milan:

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yeahhh... pada ramalan aku ini line up utama utk game ni..

Valdés
Alves, Puyol, Piqué, Abidal
Touré, Keita, Xavi,
Messi, Ibrahimović, Henry,

harap kemenangan berpihak pada barca walaupun lawan agak sukar.. kalau dapat apply tiki taka dgn baik dan jentera serangan jitu sure boleh dapat goal.. risau juga coz eto tau cara nak tembus... kita saksikan nanti.. fuhhh

regards,
Cilok

Cob Nobbler berkata...

Bang Berahim dan Samuel Eto'o pasti bernostalgia.

Aku harap-harap Bang Berahim boleh stay focus - kot2 kena boo kaw2 dengan Inter fans.

Yang pasti bila Eto'o datang ke Barca - dia takkan diboo.Aku tau fan Barca boleh behave - kecuali kes Javier Saviola dan lebih dahsyat,Luis Figo.