Isnin, September 28, 2009

Chygrynskiy Terpaksa Berehat Tiga Minggu

Dmytro Chygrynskiy dilaporkan tidak akan dapat bermain selama 3 minggu setelah tercedera pada separuh masa kedua menentang Màlaga awal pagi Ahad kelmarin.

Menurut laporan perubatan, pemain pertahanan itu mengalami ketegangan pada ligamen tempurung lutut kirinya.

Dia akan terlepas 2 perlawanan liga menentang Almería (3/10) dan Valencia (18/10). Walaupun beruntung kerana liga akan berehat selama seminggu selepas perlawanan menentang Almería, dia tidak dapat bermain di Liga Juara² (29/9-Dynamo Kiev, 20/10-Rubin Kazan) kerana telah bermain bersama kelabnya sebelum ini, Shakhtar Donestk.

Manakala Henry pula mengalami masalah pemanjangan pada aduktor paha kirinya menurut laporan perubatan. Agak sukar baginya untuk beraksi pada awal pagi Rabu ini menentang Dynamo Kiev (walaupun belum disahkan) dan mungkin akan dapat kembali pada perlawanan menentang Almería.

Tiada ulasan: