Sabtu, September 19, 2009

MESSIve Contract 2016

Pada pukul 3 petang Jumaat tadi (9 malam waktu Malaysia), Lionel Messi telah menandatangani pembaharuan kontrak yang mengikat pemain terbaik Eropah tersebut dengan Barça sehingga 30 June 2016. Acara tersebut turut disaksikan oleh abangnya, Rodrigo Messi, pengerusi kelab, Joan Laporta, naib pengerusi Joan Boix Rafael Yuste, setiausaha teknikal, Txiki Begiristain dan pengarah bolasepak, Raul Sanllehí.

Dengan pembaharuan kontrak ini, Messi telah menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi dengan pendapatan 10-12 juta Euro (RM51-61 juta) & mempunyai klausa bayar-lepas sebanyak 250 juta Euro (RM1.277 bilion) berbanding dengan kontraknya sebelum ini yang akan tamat pada 2014 dengan klausa bayar-lepas 150 juta Euro.

Lionel Messi yang sertai pasukan remaja Barcelona pada 2001 akan terikat sebagai pemain Blaugrana selama 15 tahun melalui perjanjian baru ini.

2 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

supreMESSI!

nozbleed berkata...

Yeahh..!! Barca for life!! Salute Messi!