Buat kali ke-2 berturut-turut, FC Barcelona berada di dalam kumpulan yang sama dengan Rubin Kazan. Rubin, membuat kejutan apabila mengalahkan Barça 2-1 di Camp Nou musim lepas & berjaya mengekang Barça di tempat sendiri dengan seri 0-0 pada perlawanan timbal balik ke-2.Dan buat kali keduanya, Barça berada di dalam satu kumpulan bersama kelab² yang merupakan juara di liga masing².
Barça bakal merasmikan perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara² UEFA 2010/11 dengan pertembungan Barça-Panathianikós pada 15 September akan datang.
Jadual perlawanan Barça dalam peringkat kumpulan:
Perlawanan 1
Rabu, 15 September 2010. 2:45 pagi
Barcelona lawan Panathinaikos
Perlawanan 2
Khamis, 30 September 2010. 2:45 pagi
Rubin Kazan lawan Barcelona
Perlawanan 3
Khamis, 21 Oktober 2010. 2:45 pagi
Barcelona lawan Copenhagen
Perlawanan 4
Rabu, 3 November 2010. 3:45 pagi
Copenhagen lawan Barcelona
Perlawanan 5
Khamis, 25 November 2010. 3:45 pagi
Panathinaikos lawan Barcelona
Perlawanan 6
Rabu, 8 Disember 2010. 3:45 pagi
Barcelona lawan Rubin Kazan

Jaringan hatrik Lionel Messi ketika menang ke atas Sevilla awal pagi Ahad lepas mencatatkan rekod baru jaringan peribadi beliau di Barcelona iaitu 130 jaringan menyamai jumlah jaringan Rivaldo dan Samuel Eto'o.


Waktu perlawanan pertama FC Barcelona untuk La Liga musim 2010/11 menentang Racing Santander telah diketahui.

FC Barcelona dilaporkan akan berkunjung ke Croatia musim depan untuk perlawanan persahabatan dengan HNK Hajduk Split sempena sambutan 100 tahun penubuhan kelab tersebut.