Pep Guardiola telah panggil 24 pemain untuk latihan terakhir esok sebelum perlawanan timbal balik ke-2 Piala Super Sepanyol (Supercopa de España).22 pemain adalah pemain utama skuad Barça termasuk José Manuel Pinto yang sudah disahkan cergas, manakala 2 lagi pemain Barça B iaitu Thiago Alcántara & Jonathan dos Santos.
Latihan tertutup di Camp Nou dijadualkan pada pukul 11:30 pagi esok & kemudian para pemain akan balik untuk berehat sebelum datang semula pada pukul 7 malam sebelum Pep umumkan senarai pemain yang terpilih.
3 pemain Barça B: Sergi Gómez, Oriol Romeu dan Rubén Miño kembali berlatih dengan Luis Enrique pada pukul 7 petang tadi.
Selepas perlawanan menentang Sevilla esok berakhir, skuad Barça diberi rehat pada hari Ahad. Mereka akan kembali berlatih pada hari Isnin, 9 pagi untuk persediaan Piala Joan Gamper menentang AC Milan (yang juga akan menjadi perlawanan penghormatan buat bekas pemain Barça, Ronaldinho) pada awal pagi Khamis depan.
Waktu perlawanan pertama FC Barcelona untuk La Liga musim 2010/11 menentang Racing Santander telah diketahui.

FC Barcelona dilaporkan akan berkunjung ke Croatia musim depan untuk perlawanan persahabatan dengan HNK Hajduk Split sempena sambutan 100 tahun penubuhan kelab tersebut.