Khamis, Julai 29, 2010

Zubizaretta Akan Diperkenalkan Jumaat Ini

Sidang media perkenalan rasmi Pengarah Teknikal baru F.C. Barcelona, Andoni Zubizatetta, akan berlangsung pada hari Jumaat, pukul 1 tengah hari (8 malam waktu Malaysia) di Camp Nou.

Dalam majlis tersebut nanti, beliau akan diiringi oleh Naib Presiden (Bahagian Sukan), Josep Maria Bartomeu i Floreta.

Ketika ini, Zubi berada bersama skuad Barça ke Norway untuk perlawanan persahabatan pra-musim yang pertama menentang Vålerenga yang akan berlangsung pada awal pagi nanti.

Maklumat Peribadi

Nama: Andoni Zubizarreta Urreta
Tarikh lahir: 23 Oktober 1961 (48 tahun)
Kelahiran: Victoria, Sepanyol
Posisi: Penjaga gol

Pemain yang paling banyak mewakili pasukan Sepanyol sepanjang zaman dengan 126 cap.
Sertai F.C. Barcelona daripada Athletic Bilbao pada tahun 1986 dan terus ketepikan penjaga gol utama Barcelona ketika itu, Urruti. Beliau meniggalkan Barça pada tahun 1994 selepas Barça kalah 4-0 dengan A.C. Milan di final Liga Juara² UEFA 1993/94.

Pada 20 Julai 2010, Zubizaretta dilantik sebagai Pengarah Bolasepak oleh Sandro Rosell menggantikan bekas pemain kelab dan kebangsaannya, Txiki Begiristain. Sebelum ini, Zubi memegang jawatan yang sama di Athletic Bilbao dan juga merupakan pengulas radio dan televisyen.

Pencapaian Peribadi Bersama Barcelona

* Liga Juara² UEFA: 1991-92
* UEFA Cup Winners' Cup: 1988-89
* Piala Super UEFA: 1992
* La Liga: 1990/91, 1991/92, 1992/93, 1993/94
* Copa del Rey: 1987/88, 1989/90
* Supercopa de España: 1991, 1992

* Memenangi Anugerah Don Balón - Pemain Sepanyol Terbaik Tahun 1987
* Pingat Zamora: 1986/87

Tiada ulasan: