Sabtu, Julai 31, 2010

Majlis Perpisahan Márquez Sabtu Ini

FC Barcelona dan Rafa Márquez telah mencapai persetujuan bersama untuk membatalkan kontrak pemain tersebut yang sepatutnya tamat pada 30 Jun 2012.

Satu majlis perpisahan akan diadakan di Camp Nou Sabtu ini pukul 6 petang (12 tengah malam waktu M'sia). Presiden kelab, Sandro Rosell akan mewakili Barça dan keseluruhan acara akan disiarkan secara langsung melalui Barça TV.

Rafa yang berpindah dari kelab Perancis, AS Monaco dengan jumlah perpindahan €5 juta merupakan pemain Mexico yang kedua bermain untuk Barcelona selepas Horacio Casarín.

Pengumuman hari ini menutup tirai pencapaian hebat Rafa dengan Barça sejak dia menyarung jersi blaugrana pada tahun 2003.

Pencaiapaian Bersama Barcelona

  • La Liga: 2005, 2006, 2009, 2010
  • Copa del Rey: 2009
  • Supercopa de España: 2005, 2006, 2009
  • Liga Juara² UEFA: 2006, 2009
  • Piala Super UEFA: 2009
  • Piala Dunia Kelab FIFA: 2009

Pemain pertahanan kebangsaan Mexico yang berusia 31 tahun ini telah bermain sebanyak 242 perlawanan untuk Barcelona dan meletakkannya di tangga ke-8 dalam ranking pemain asing. Beliau merupakan pemain penting di bawah era dua pengurus Barça, Frank Rijkaard dan Pep Guardiola.


imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com

Tiada ulasan: