Jumaat, Julai 30, 2010

17 Perlawanan La Liga Akan di Awalkan Untuk Asia

Liga Bolasepak Profesional Sepanyol (LFP) akan awalkan sepak-mula 17 perlawanan La Liga musim akan datang dalam usaha untuk menarik minat penonton bolasepak dan pasaran di Asia.

Bercakap di forum bolasepak Soccerex di Singapura semalam, Pengarah Am LFP, Francisco Roca, mengatakan, perlawanan pra-musim akan datang juga mensasarkan matlamat yang sama.

Katanya, "objektif kami adalah untuk menjadikan liga ini salah satu liga terkemuka di rantau ini. Mengubah waktu perlawanan untuk tayangan TV adalah penting. Kami terpaksa melakukanya, jika tidak, ia agak mustahil."

Ini adalah berikutan kejayaan Liga Inggeris yang begitu terkenal dan mempunyai ramai pengikut di rantau ini.

Sehubungan itu, selain menginjak waktu beberapa perlawanan, mereka juga merancang untuk menganjurkan Asian Tournament pada musim depan. Tiga kelab Sepanyol dan satu kelab Asia akan bertanding di salah satu negara di Asia Tenggara yang belum lagi diumumkan.

Selepas Sepanyol berjaya menjulang Piala Dunia baru² ini, LFP berhasrat untuk menggunakan impak populariti tersebut sepenuhnya.

"Selaku juara dunia 2010, kami merasakan inilah waktu terbaik untuk berkongsi keindahan gaya permainan bolasepak Sepanyol dengan pasaran Asia," jelas Roca.

Ini bermakna beberapa perlawanan terpilih akan bermula pada pukul 3 petang (9 malam waktu Malaysia). Sudah semestinya berita ini memberi khabar gembira buat peminat La Liga di negara kita amnya apabila perlawanan bakal berlangsung pada waktu perdana.

Tiada ulasan: