Sabtu, November 21, 2009

Abidal & Touré positif H1N1, Márquez Kemungkinan Turut Dijangkiti

Rafa Márquez dikeluarkan dari skuad Barça yang akan menentang Athletic Bilbao dalam perlawanan liga ke 11 pagi nanti setelah menunjukkan tanda-tanda dijangkiti virus H1N1. Márquez akan menjalani ujian pemeriksaan untuk memastikannya dan pemain pertahanan Barça Atlètic, Andreu Fontàs telah dipanggil untuk mengisi tempat tersebut.

Sebelum itu, Éric Abidal dan Yaya Touré diserang virus tersebut pada Jumaat lepas dan mereka berdua diasingkan daripada 18 orang skuad Pep Guardiola yang akan ke San Mamés.

Ibrahimović yang cedera semasa latihan Rabu lepas akan digantikan dengan Bojan Krkic manakala Jonathan dos Santos sekali lagi akan sertai skuad senior Barcelona.

Para pemain yang dibawa ke San Mamés:

Valdés, Pinto
Alves, Puyol, Piqué, Chygrynskiy, Fontàs, Maxwell
Sergio Busquets
Xavi, Iniesta, Keita, Jonathan dos Santos
Messi, Bojan, Henry, Pedro, Jeffren

Tiada ulasan: