Jumaat, Februari 13, 2009

Harijadi Márquez & Respon Positif Bruno Alves.

Semua pemain Barça yang terlibat dengan perlawanan antarabangsa memulakan latihan pada hari Khamis kecuali Márquez yang tidak dapat pulang tepat pada masa latihan. Bagaimanapun latihan pada hari ini menyaksikan ketua pasukan, Puyol tidak dapat menyertai rakan sepasukan lain membuat latihan biasa kerana masih lagi mengalami kesakitan pada paha kiri dan seterusnya tidak disenaraikan untuk perlawanan menentang Real Betis pukul 3 pagi Ahad (waktu Malaysia) di Manuel Ruiz de Lopera.

Rafael Márquez yang menyambut ulang tahun harijadinya yang ke 30 hari ini (13 Februari) adalah antara 19 pemain yang disenaraikan dan akan bertolak ke Sevilla sebelum perlawanan bermula. Turut tersenarai, Piqué yang tidak beraksi minggu lepas akibat insiden kad merah ketika menentang Racing Santander.

Selain itu, Barcelona dikhabarkan sedang bersiap sedia membuat tawaran kepada pemain pertahanan tengah Portugal, Bruno Alves yang telah pun cuba dibeli pada musim lepas. Bruno Alves yang akan ditawarkan kontrak selama 5 tahun, menjadi pilihan Pep Guardiola yang ingin menambah lagi pemain pertahanan berpengalaman ke dalam skuad. Namun begitu, tiada lagi rundingan rasmi dibuat dan Bruno Alves dikhabarkan memberi respon positif dengan laporan media tersebut. Barcelona dijangka akan menunggu sehingga akhir musim untuk mula berunding jika Porto tidak menurunkan harganya kurang dari 20 juta euro (RM 93 juta).

Tiada ulasan: