Selasa, Oktober 20, 2009

Henrik Larsson Bersara Pada 1 November

Akhirnya Henrik Larsson telah membuat keputusan untuk bersara dari bermain bolasepak di akhir musim ini. Keputusan ini dibuat 3 hari selepas pasukan negaranya, Sweden gagal layak ke Piala Dunia 2010 dan dia telah umumkan akan meninggalkan Helsingborg, kelab di mana dia berada sekarang pada 1 November ketika umurnya 38 tahun.

Larsson menyertai Barcelona dari Celtic pada tahun 2004 dengan pindahan percuma dan tandatangani kontrak setahun dengan pilihan tahun kedua.

Pada perlawanan terakhirnya bersama Barcelona, di final Liga Juara² 2005/06 menentang Arsenal, Larsson menjadi wira Barcelona apabila masuk sebagai pemain gantian dan membantu Barça menjadi juara dengan 2 lorongan bola yang menghasilkan gol dengan kemenangan 2-1.

Bersama Barcelona, Larsson telah memenangi Liga musim 2004/05 dan 2005/06, Piala Super Sepanyol 2005/06 dan Liga Juara² UEFA 2005/06.




Tiada ulasan: