Sabtu, Mac 28, 2009

Keirrison Idam Sarung Jersi Barça.

Kerrison pemain kelahiran Brazil yang kini bermain bersama Palmeiras tanpa berselindung menyatakan impian sejak kecil dalam karier bolasepaknya adalah mengikut jejak langkah pemain idolanya Romario bermain bersama FC Barcelona.

Pemain yang dikenali sebagai K9, baru-baru ini dikatakan telah mencapai persetujuan awal untuk berpindah ke Barça semasa pengarah sukan Barça, Txiki Begiristain berada di Brazil minggu lepas untuk melihatnya bermain.

Bagaimanapun akhbar sukan El Mundo Deportivo harini melaporkan, agennya, Marcos Malaquias menafikan kabar tersebut dan menyatakan yang dia tidak ada menerima apa-apa tawaran dari Barça tetapi mengaku ada berjumpa Txiki.

Agensi sukan, Traffic dikatakan memegang 80% saham perpindahan Keirrison manakala 20% lagi dimiliki oleh Palmeiras. Namun Keirrison telah menagaskan bahawa segala keputusan bergantung kepada dirinya sendiri kerana dia yang akan menentukan masa depannya.

Selain itu, Keirrison juga mengimpikan untuk bermain disamping Messi yang diakuiya sebagai pemain terbaik di dunia ketika ini. Berusia 20 tahun, Keirrison telah menjaringkan 57 gol dalam masa 14 bulan yang lepas. Ketika ditanya tentang kemungkinan akan berada di bangku simpanan sekiranya dia berhijrah ke Camp Nou untuk memberi laluan kepada Henry dan Eto'o, K9 berkata dia faham akan perbezaan generasi dan menerimanya. Malah dia teruja untuk berada dalam satu pasukan yang sama dengan Eto'o dan Henry yang akan menjadi aspirasinya.

Tiada ulasan: