Rabu, Mac 25, 2009

24 Gol Lagi.

Sehingga perlawanan liga ke 28 Isnin lepas, FC Barcelona telah menjaringkan 84 gol pada musim ini. 59 daripadanya dijaringkan oleh trio Messi, Eto'o dan Henry. Real Madrid di tempat ke-2 terbanyak setakat ini dengan 66 gol merupakan satu-satunya pasukan dari La Liga yang menjaringkan gol melebihi jumlah jaringan daripada trio penyerang Barça tersebut.

Dengan 84 gol pada tahap ini, kurang 3 gol menyamai pemegang rekod jaringan gol terbanyak dalam satu musim sepanjang zaman iaitu Real Madrid pada musim 1989/90. Di bawah kendalian jurulatih Wales, John Toshack, pasukan 'Serba Putih' tersebut telah menjaringkan 107 gol di dalam satu musim. Rekod tersebut kekal sehingga 19 musim dan Barça di bawah kendalian Pep Guadiola dilihat mampu untuk memadam rekod tersebut.

Dengan baki 10 perlawanan lagi, Barça perlu menjaringkan 24 gol untuk memecahkan rekod tersebut. Mungkin untuk menjaringkan 24 gol dalam 10 perlawanan agak susah namun melihatkan kepada prestasi semasa Barça, ianya tidak mustahil. Purata jaringan Barça sehingga kini adalah 3 gol seperlawanan, melebihi purata gol yang perlu Barça kekalkan untuk memadam rekod yang tercatat. Tambahan pula, Barça telah menjaringkan 24 gol hanya dalam 4 perlawanan pada musim ini dan mengulanginya dalam baki 10 perlawanan adalah sesuatu yang realistik.

Pada tahap ini, Barça di bawah kendalian Guardiola mempunyai statistik yang lebih baik berbanding Real Madrid di bawah kendalian Toshack dalam semua aspek. Bukan sahaja Barça telah menang 22 perlawanan berbanding Real Madrid dengan 20 perlawanan, malah Barça juga dilihat lebih kuat di bahagian pertahanan. Valdés hanya melepaskan 24 gol manakala Buyo telah bolos 27 kali sehingga perlawanan ke 28 pada musim 1989/90.

Tiada ulasan: