Rabu, Februari 11, 2009

Beckenbauer Lebih Rela Lepaskan Ribéry Ke Barça Dari Ke Madrid!

Bayern Munich telah mengambil keputusan untuk melepaskan pemain sensasi mereka, Franck Ribéry setelah disahkan pemain tersebut berhasrat untuk bertukar angin minggu lepas dan dia bersedia mendengar tawaran dari kelab-kelab yang berminat.

Barça adalah antara kelab yang berminat untuk berunding semula setelah cubaan untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut musim lepas dihalang Bayern. Selain Barça, Ribéry yang sentiasa menjadi perhatian kelab-kelab besar juga diingini oleh Real Madrid, AC Milan, Juventus, Manchester United dan Manchester City.

Pemain tersebut percaya bahawa Bayern Munich tidak cukup kuat dan perlu dimantapkan lagi untuk berjaya di dalam Liga Juara-Juara Eropah. Ribéry, pemain yang berpesonaliti tinggi tidak teragak-agak untuk menamatkan kontraknya jika dia tidak selesa dengan kelabnya seperti yang telah berlaku pada tahun 2005 apabila dia meninggalkan Galatasaray untuk ke Olympique Marseille walaupun baru 6 bulan berada di Istanbul.

Pemain Perancis tersebut yang telah bertekad untuk meniggalkan Bayern dilaporkan tertarik dengan projek Barça musim ini yang diterajui oleh Pep Guardiola. Txiki Begiristain menyatakan dia yakin Ribéry dapat mengisi kekurangan yang ada pada sayap kiri Barcelona dan pemain yang versetil tinggi itu dapat bermain di ketiga-tiga posisi hadapan.

Barça mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut setelah Pengerusi Bayern, Franz Beckenbauer lebih berminat untuk berurusan dengan Blaugrana berbanding Real Madrid kerana cara Madrid yang bermain dengan media masa untuk menyelesaikan masalah dan mendapatkan pemain seperti yang terjadi dengan Christiano Ronaldo baru-baru ini.

Madrid hanya akan ada harapan jika Florentine Perez bertanding dan menggunakan Zidane sebagai senjata untuk meraih undi dan menarik perhatian Ribéry untuk ke Madrid.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hidup barca...
LOL

Tanpa Nama berkata...

Barca best club in tha world!!!!!!