Selasa, Februari 10, 2009

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa.

15 pemain utama FC Barcelona mengambil bahagian dalam perlawanan antarabangsa yang akan berlangsung pada awal pagi ini (Rabu) dan pagi esok (Khamis).

Rafael Márquez mewakili Mexico akan menentang Amerika Syarikat di Columbus, Ohio pada 8 pagi Khamis ini dalam persaingan kelayakan Concacaf untuk Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

Pemain Barça yang pertama sekali akan ke padang ialah Bojan Krkic bersama pemain-pemain simpanan Botia, Jeffren dan Miño apabila pasukan Bawah 21 Sepanyol menentang Norway di Cartagena.

Dani Alves juga dipanggil untuk menyertai Brazil dalam perlawanan persahabatan dengan Itali di Stadium Emirates di London pada 3:45 awal pagi Rabu.

Pemain-pemain lain akan beraksi pada awal pagi Khamis. Xavi, Iniesta, Piqué dan Sergio Busquets akan menentang England di Seville bersama Sepanyol pada pukul 5 pagi.

Pemain kebangsaan Mali, Seydou Keita pula akan menentang Angola di La Courneuve di Perancis. Samuel Eto'o juga akan berada di Perancis di Bondoufle bersama pasukan Cameroon menentang Guinea.

Perlawanan tumpuan pada pagi Khamis ini akan menyaksikan 3 pemain Barça akan bermain di Marseille apabila Argentina, yang diurus oleh pemain lagenda Maradona dan pemain sensasi Messi akan menentang Perancis yang diwakili Henry dan Abidal yang akan berlangsung pada pukul 4 pagi.

Gudjohnsen juga akan beraksi bersama pasukan kebangsaannya, Iceland menentang Liechtenstein. Touré Yaya akan bermain untuk Ivory Coast menentang Turki di Izmir manakala Martin Cáceres akan menyertai Uruguay menentang Libya di Tripoli.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cit!sapa nak amik tau pasai barca!?bukan best pun!hala madrid!

Tanpa Nama berkata...

Hahaha.. jgn jeles.. skang zaman kejatuhan madrid, hgpa nasib baik 2 season lepaih barca ada masalah dalaman. Visca el Barca!!!