Selasa, Ogos 17, 2010

Video Pilihan: Dani Alves Tempeleng Andrés Palop


Dani Alves tempeleng Andrés Palop semasa perlawanan Supercopa de España 15 Ogos lepas akibatkan Alves terima kad kuning. :D

Tengok video penuh insiden di sini: YouTube

Gambar Saiz Besar Untuk diMuat-Turun!

Pernah korang nak cari gambar saiz besar pemain dan pasukan kesayangan korang untuk dijadikan wallpaper, untuk diedit atau untuk koleksi peribadi?

Kolum baru ni aku sediakan untuk tujuan tu. Aku akan labelkan setiap gambar yang bersaiz besar bermula dengan nama "gsb_".

Untuk koleksi pertama ni, gambar latihan skuad Barça semalam.
Have fun!

imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com
imagebam.com


Klik pada gambar & korang akan dibawa ke laman ImageBam di mana gambar tu berada. Klik pada butang 'save image' untuk muat-turun gambar.

Gambar Rasmi Skuad Barça 2010/11


Buat pertama kalinya gambar rasmi skuad Barcelona untuk musim baru ini diambil bersama pemain² baru dan juga 8 pemain daripada pasukan junior.

Gambar untuk UEFA ini diambil pada pukul 8 pagi di padang kompleks latihan Ciutat Esportiva Joan Gamper setelah para pemain mengenakan kelengkapan baru musim 2010/11.

Setelah gambar berkumpulan diambil, gambar individu turut dirakamkan untuk membolehkan UEFA menyimpan koleksi gambar² pemain bintang.

8 pemain muda yang turut serta: Oier Olazábal, Rubén Miño, Sergio Gómez, Jonathan dos Santos, Thiago Alcántara, Oriol Romeu, Víctor Vázquez & Andreu Fontàs juga bergambar bersama jurulatih penjaga gawang baru, Carles Busquets.

Éric Abidal tidak sertai aktiviti ini setelah berlepas ke Paris untuk beri keterangan kepada Suruhanjaya Disiplin Persatuan Bolasepak Perancis. Gambar Aliaksandr Hleb juga tidak diambil kerana situasi kontraknya bersama kelab.

imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com imagebam.com

Gambar rasmi Skuad Barça 2010/11 bersaiz besar akan aku letak disini untuk dimuat-turun. Sabar!