Selasa, Mei 19, 2009

Jersi Biru-Merah Di Final UCL.

Barça akan memakai jersi bertuah biru-merah setelah diberi status sebagai tuan rumah untuk perlawanan akhir Liga Juara² minggu depan di Rom manakala Manchester United pula memilih jersi serba putih.

Anak buah Sir Alex Ferguson akan menyarung jersi away ke-3 mereka itu setelah jersi pilihan utama berwarna merah dan jersi ke-2 pula berwarna biru akan bertembung dengan jersi Blaugrana yang berwarna biru dan merah.

Barcelona pernah memakai jersi pilihan utama biru-merah semasa menentang Arsenal di Paris pada 2006 yang membawa tuah dan ketika itu Gunners memilih jersi kuning dan kelabu gelap.

Barça culés akan menonton penampilan ke 6 kelab kesayangan mereka di pentas akhir Eropah itu dari belakang pintu gol selatan di Stadium Olimpic di Rome.

'Sebuah Lagu Untuk Barcelona' - Frank Charles


Frank Charles, penyanyi yang popular di New Jersey (United Kingdom) dan Catalonia, telah menerbitkan CD terbaru yang didedikasikan kepada pasukan blaugrana. Lagu yang bertajuk 'Un crit per your Barça' juga terdapat dalam versi Inggeris ('A song for Barcelona'), dan hasil karya artis tersebut boleh dimuat turun percuma dari internet melalui youtube.

Charles meraikan kejayaan Guardiola dan semua pemain, semua generasi blaugrana dan para peminat melalui hasil karya terbarunya ini. Gambar bayangan Eto'o, Messi dan Iniesta dapat dilihat di kulit depan CD tersebut.

Isnin, Mei 18, 2009

Liga 36: Mallorca 2-1 Barça

RCD Mallorca 2-1 FC Barcelona

9' Eto'o (0-1)
73' Arango J. (1-1)
77' Cléber Santana (2-1)

Ahad, Mei 17, 2009

Pemain Disambut Dengan Teriakan "Juara!" Di Mallorca

Para pemain telah pun berada di Mallorca ketika ini setelah tiba lebih kurang pukul 11:30 pagi (5:30 petang waktu Malaysia). Mereka disapa lebih kurang 100 pekerja lapangan terbang setibanya mereka di sana dan dalam perjalanan keluar dari terminal, sekumpulan penyokong dianggarkan seramai 500 orang berteriak "Juara!" berulang-ulang kali.

Skuad Barça yang kali ini menampilkan ramai pemain dari Barça Atlètic terus berangkat ke hotel setibanya di lapangan terbang untuk berehat sebelum bermulanya perlawanan pertama mereka selepas berjaya mencapai gelaran kejuaraan Liga kali ke 19 menentang Mallorca di Ono Estadi.

Perlawanan ke 36 Liga ini bermula pada pukul 1 pagi nanti (waktu Malaysia) yang dibarisi oleh pemain-pemain seperti berikut:
Valdés, Oier,
Alves, Fontàs, Cáceres, Abidal, Sylvinho,
Víctor Sánchez, Abraham, Xavi Torres, Keita, Thiago, Gudjohnsen,
Jeffren, Eto'o, Bojan, Hleb, Pedro

7 Direhatkan 6 Dipanggil

Dengan gelaran kejuaraan Liga secara matemaiknya sudah berada di dalam tangan, Josep Guardiola telah memanggil 6 pemain Barça Atlètic menyertai skuad untuk menentang Mallorca dan merehatkan 7 pemain utama.

Pada Sabtu lepas, Guardiola telah pun menamakan 19 pemain yang akan diturunkan termasuk penjaga gol simpanan, Oier. Namun hari ini beliau mengambil keputusan untuk merombaknya kembali sebelum berangkat ke Mallorca. Keputusan ini dibuatnya selepas kekalahan Real Madrid di tangan Villareal awal pagi tadi yang memastikan Barça secara matematiknya juara Liga. Guardiola memilih untuk merehatkan beberapa orang pemain utama skuadnya untuk persiapan perlawanan akhir Liga Juara² pada 28 Mei nanti.

Enam pemain Barça Atlètic yang dipanggil adalah Abraham, Fontàs, Jeffren, Oier, Thiago dan Xavi Torres. Manakala Xavi, Messi, Puyol, Piqué, Touré Yaya, Sergio Busquets dan Pinto akan terus berada di Barcelona.

Sabtu lepas, Pinto terkehel buku lali kanannya semasa latihan dan Oier telah dipanggil sebagai pengganti. Ujian lanjutan pada pagi ini menunjukkan buku lalinya masih bermasalah dan sebagai langkah berjaga-jaga, Pinto juga tidak dibawa bersama ke Mallorca.

Selepas perlawanan awal pagi nanti di Ono Estadi, semua pemain dilepaskan dari latihan sehingga Rabu petang pada pukul 6 (12 pagi Khamis waktu Malaysia).

Barça Juara La Liga 2008/09!!

Selepas 4 hari menjulang Piala Raja Sepanyol, Barcelona kini telah dinobatkan sebagai juara Liga ke 19 bagi musim 2008/09 dan melengkapkan juara berganda. Ini bermakna musim ini telah pun manjadi kejayaan yang hebat buat Barça dan masih berpeluang menambah kejuaraan di perlawanan akhir Liga Juara² di Rom 28 Mei nanti.

Walaupun Liga masih berbaki 3 perlawanan tetapi secara matematiknya Barça telah pun menjadi juara Liga untuk musim ini setelah Real Madrid kalah 3-2 di tangan Villareal di El Madrigal awal pagi tadi. Real Madrid yang sebelum ini 8 mata di belakang Barça setelah Villareal berjaya menghalang Barça dari meraikan kejuaraan Liga lebih awal pada minggu lepas apabila Llorente berjaya menyamankan kedudukan 3-3 pada masa kecederaan. Misi Real Madrid untuk menjadi juara Liga kali ke 3 berturut-turut nampak mustahil apabila terpaksa memenangi 3 baki perlawanan sambil mengharapkan Barça kalah ketiga-tiga perlawanan tersebut untuk menjadi juara. Dan akhirnya mereka tersungkur di El Madrigal manakala Barça pula tidak perlu memenangi ketiga-tiga baki perlawanan untuk menjadi juara Liga.

Kejayaan ini memberi keselesaan kepada skuad Pep Guardiola untuk menumpukan perhatian pada perlawanan akhir Liga Juara² menentang Manchester United 10 hari lagi. Awal pagi Isnin nanti Barça akan bertandang ke Ono Estadi menentang Mallorca bagi menghabiskan sisa baki perlawanan dan semestinya Barça akan bermain tanpa tekanan sambil Guardiola berpeluang untuk merehatkan pemain² utamanya disamping memberi peluang kepada pemain simpanan untuk beraksi.

Sabtu, Mei 16, 2009

Jersi Baru Musim 2009/2010.

Sebuah laman web sukan FootballShirtCulture telah menyiarkan gambar jersi FC Barcelona untuk musim akan datang, 2009/2010. Jersi away berwarna fluorescent oren-kemerah-jambuan pernah tersebar di internet bulan Februari yang lepas. (Lihat di sini.)